Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
SKUAD Cheng Hoe berdepan cabaran getir di Dubai.
Kelana Jaya: Beberapa tonggak Harimau Malaya yang kini berpangkalan di luar negara tetap akan dibawa menyertai skuad ke Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 walaupun tidak sempat divaksin.
Berdasarkan ketetapan kejohanan itu, vaksin bukanlah keperluan utama.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, ketika ini, pihaknya masih lagi berhubung dengan persatuan bola sepak negara berkaitan untuk mengetahui situasi semasa berkaitan proses vaksinasi.
Beliau berkata, FAM juga tidak berhadapan masalah jika vaksinasi terbabit perlu ditanggung oleh badan induk bola sepak negara kerana perkara penting adalah keselamatan semua pihak lebih terjamin ketika berada di Emiriah Arab Bersatu.
"Pemain kita dikira sebagai orang asing di negara terbabit dan mungkin kerajaan mahu beri keutamaan kepada rakyat mereka dahulu.Vaksin bukan kriteria utama untuk bermain bola, namun pelaksanaan gelembung sukan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketatadalah penting.
"Pada masa sama, kita juga tiada masalah bayar untuk dapatkan vaksin itu namun sekarang ini masalah adalah bekalan," katanya pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM penggal 2021-2025, di sini semalam.
Antara tonggak utama pasukan yang berada dalam radar untuk disuntik ialah Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi dengan KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi bersama kelab Newcastle Jets di Australia dan dua tonggak yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).
SUMBER-MYMEIRO ONLINEDisiarkan pada: April 22, 2021 @ 11:55pm
No comments:
Post a Comment