AFP
KERANG gergasi yang dirampas di Palawan. FOTO AFP
Manila: Pihak berkuasa Filipina merampas 200 tan kerang gergasi bernilai AS$25 juta (kira-kira RM103 juta) dalam serbuan di wilayah barat Palawan pada Jumaat.
Hidupan laut itu diternak secara haram menjadi rampasan terbesar hidupan berkenaan di negara itu tahun ini.
Ahli konservasi alam sekitar menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan perdagangan haram hidupan laut itu yang kini semakin terancam.
Kerang gergasi itu menjadi pengganti gading gajah yang kini perdagangannya mendapat bantahan masyarakat global.
Filipina adalah negara yang memiliki spesies kerang tropika terbesar di dunia.
Penguat kuasa maritim berkata, empat suspek sudah ditahan di kawalan pedalaman di sebuah pulau di Laut Sulu.
"Mengambil kerang gergasi di habitat asalnya adalah menjadi kesalahan yang boleh memberi kesan kepada hidupan laut itu.
"Tindakan itu juga akan memberi kesan berterusan kepada ekosistem dan generasi akan datang," katanya.
SUMBER-Disiarkan pada: April 17, 2021 @ 1:38pm
No comments:
Post a Comment