Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
DOLLAH harap pemainnya melakukan sesuatu untuk menafikan Penang daripada mengutip mata. FOTO ASYRAF HAMZAH
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh mahu pemainnya lebih berwaspada apabila berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya, malam esok.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, ini kerana keputusan yang dicatat Penang selepas sembilan perlawanan yang banyak berpihak kepada mereka.
"Bagi saya Penang sebuah pasukan yang semakin menyerlah sejak musim lalu. Keputusan perlawanan juga menyaksikan mereka berada pada prestasi terbaik.
"Oleh itu, semua pemain perlu melakukan sesuatu untuk menafikan Penang daripada mengutip mata dan diharapkan prestasi terbaik dapat dipersembahkan," katanya.
Bagi memastikan Sri Pahang kembali mengutip mata, Dollah tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan Abdul Malik Mat Ariff di bahagian serangan.
Katanya, prestasi mantap yang dipersembahkan Abdul Malik ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lalu diyakini mampu mempertajamkan jentera serangan pasukan itu.
"Pada masa sama, bahagian pertahanan kembali bertenaga dengan kehadiran Herold Goulon yang sudah pulih daripada kecederaan," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh berkata, tiada yang mustahil jika semua pemain memberi fokus sepanjang 90 minit perlawanan.
"Dengan mencatat kemenangan, ia bukan sahaja dapat memperbaiki kedudukan malah mampu meningkatkan motivasi kepada semua pemain," katanya.
Selepas sembilan perlawanan, Sri Pahang berada di tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengutip lima mata.1
Disiarkan pada: April 23, 2021 @ 3:56pm
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/04/698201/sri-pahang-waspada-taktik-penang (diakses pada 23 April 2021)
No comments:
Post a Comment