Ad

Tuesday, 27 April 2021

Pemain Tok Gajah hitung nasib



PEMAIN Sri Pahang mungkin berdepan rombakan besar-besaran apabila jendela perpindahan kedua Liga Super dibuka bulan depan.

Oleh ASZAHARI ALI

27 April 2021, 11:00 am

KUANTAN: Dollah Salleh terus diberi kepercayaan membim­bing Sri Pahang biarpun tidak banyak perubahan dilakukan sejak beliau mengambil alih jawatan daripada Thomas Dooley pada awal musim ini.

Dooley, 59, direhatkan selepas dua kali tewas tetapi Dollah, 57, terus membimbing Tok Gajah walaupun sudah tujuh kali kalah dengan terbaharu, dijinakkan 3-0 oleh Penang FC di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu.

Sri Pahang kini kekal di tangga kedua tercorot dengan lima mata selepas hanya menang ketika bertemu Sabah sementara dua seri dan tujuh kekalahan.

Walaupun berada di zon penyingkiran tetapi pengurusan Sri Pahang masih menaruh ma­gis bekas pemain kebangsaan itu.

Bagaimanapun itu tidak ­bererti pengurusan Sri Pahang hanya berdiam diri dengan situasi genting yang dialami skuad Tok Gajah ketika ini.

YEVHEN Bokhashvili gagal mempamer aksi meyakinkan setakat ini.

Sri Pahang kini berada di zon penyingkiran tetapi akan berusaha untuk merubah ­keadaan itu.

Saya tidak menolak kemungkinan Sri Pahang me­lakukan rombakan apabila jendela perpindahan dibuka Mei nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang kepada Utusan Malaysia.

Bukan lagi rahsia, lima pemain import Sri Pahang gagal mempamerkan kualiti seperti yang diharapkan sehingga ­sering menjadi sasaran kecaman penyokong.

Jentera serangan yang dike­tuai Yevhen Bokhashvili dan ­Pedro Henrique sering gagal menyerlah, malah bekas pe­nyerang dari Ukraine itu hanya mampu menyumbang satu gol setakat ini.

Lee Tuck, Herold Goulon dan Mamadou Wague pula sering diturunkan dalam kesebelasan utama, tetapi ada kalanya aksi mereka tidak menjadi.

DOLLAH SALLEH

Muhammed Suffian tidak menolak kemungkinan pemain tempatan juga tidak bakal terlibat dalam rombakan yang akan dilakuklan Tok Gajah bulan depan.

Saya cuma boleh katakan rombakan pasti akan berlaku dalam kalangan pemain tidak kira import atau tempatan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Malaysia,” katanya.

Pemilihan pemain kali ini akan dinilai oleh barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Dollah bagi mempastikan Pahang sekurang kurangnya kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.1

No comments:

Post a Comment