Ad

Sunday, 4 April 2021

United bangkit tundukkan Brighton



Oleh Media Mulia

5 April 2021, 7:04 am

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mengakui, dia terpaksa ‘menyedarkan pasukannya dari tidur’ ketika Manchester United bangkit menumpaskan Brighton 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Beraksi menentang bekas pasukannya, Danny Welbeck meletakkan Brighton di depan pada minit ke-13, malah skuad Seagulls menguasai babak pertama di Old Trafford.

Begitupun, buat kali kelapan dalam saingan liga musim ini, anak-anak buah Solskjaer bangkit dari ketinggalan untuk merapatkan jurang di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City kepada 14 mata.

Marcus Rashford mengetuai kebangkitan Red Devils dengan gol penyamaan pada minit ke-62 dan Mason Greenwood meledak gol kemenangan, tujuh minit sebelum tamat permainan.

MASON Greenwood meledak gol kemenangan Manchester United.

Kami tidak dapat menemui rentak dan memerlukan separuh masa kedua untuk menyusun permainan.

Kadang-kadang setiap kali selepas rehat antarabangsa kami memerlukan waktu dan ‘percikan api’ untuk bangkit,” kata Solskjaer.

Biarpun menang, namun United tampak mustahil untuk mencabar kejuaraan liga, kecuali City mengalami deretan kekalahan kerana pasukan itu hanya memerlukan 11 mata daripada baki tujuh perlawanan bagi mengesahkan gelaran.

Tidak kisahlah apa orang lain buat, asalkan kami menang dan mengutip mata untuk kekal di tangga kedua,” kata Solskjaer.SUMBER-UM ONLINE

No comments:

Post a Comment