Ad

Friday 30 April 2021

JDT enggan dihantui trauma

 SUKAN



PEMAIN JDT, Mohamed Syamer Kutty terduduk kecewa selepas Harimau Selatan mengalami kekalahan sambil ditenteramkan oleh pemain TFC di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu. – RAJA JAAFAR ALI

JDT enggan dihantui trauma

Oleh KOSMO!

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan bahawa skuad Harimau Selatan enggan pisang berbuah dua kali berlaku menjelang aksi menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Menurut Mora, skuad Harimau Selatan perlu bangkit selepas tewas mengejut 0-1 kepada skuad Penyu di halaman sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri minggu lalu.

Kami perlu bangkit daripada kekalahan itu agar ia tidak berte­rusan menghantui kami. Pastinya JDT akan tampil berbeza dengan meningkatkan kualiti permainan serta semangat juang di atas padang.

Sudah tentu kami akan meneliti perlawanan terdahulu menentang Terengganu FC bagi mengkaji kelemahan serta kesilapan pasukan hingga tewas selain mencari jalan bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

Saya berharap keputusan tewas pertama kali sejak 2019 itu menjadi wake up call (panggilan kejut) buat pasukan lebih bermotivasi menjadi pasukan lebih baik,” katanya kepada pemberita.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, pertemuan menentang skuad City Boys bukanlah suatu tugas yang mudah kerana pengendalinya, Bojan Hodak tahu rahsia skuad Harimau Selatan kerana pernah membimbing pasukan berkenaan.

Katanya, KL City adalah pasukan yang lebih baik berbanding tahun kebelakangan ini, malah berkemampuan menjadi giant killer.

Tambahnya, pasukan Kedah FA juga hampir tumbang di laman sendiri kepada skuad bim­bingan Bojan pada minggu lalu, namun dua jaringan minit akhir permainan membantu Lang Merah mengutip tiga mata.

Sudah tentu JDT ingin kembali ke laluan kemenangan, namun ia bukanlah perlawanan yang mudah. Tambahan pula jurulatih Bojan cukup mengenali pasukan JDT.

Apa-apa pun, kita bersedia melakukan apa sahaja termasuk menukar taktikal dan corak permainan untuk membawa pulang tiga mata,” ujarnya.SUMBER SUKAN KOSMO ONLINE



No comments:

Post a Comment