Oleh Zulfaizan Mansor - Mei 16, 2021 @ 11:18am
zulfaizan@bh.com.my
tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan. - Foto ihsan goal.com
KUALA LUMPUR: Tempoh latihan terhad dianggap bukan alasan untuk skuad Harimau Malaya tidak mampu mencipta kejayaan dalam baki kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe hanya akan berlatih empat hari di Bukit Jalil bermula hari sebelum terbang ke Dubai pada Jumaat untuk perlawanan pemanas badan bertemu Kuwait, tiga hari kemudian.
Seterusnya, skuad kebangsaan akan terbang pula ke Manama pada 25 Mei bagi perlawanan persahabatan kedua menentang Bahrain pada 28 Mei dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.
Malaysia akan bertemu tuan rumah, UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum (11 Jun) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum (15 Jun).
Perancang tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan optimis dengan kebijaksanaan Cheng Hoe untuk merencanakan strategi dalam usaha membentuk pasukan yang mampu menampilkan aksi terbaik dalam kempen kelayakan.
Katanya, barisan pemain berkualiti termasuk kehadiran dua pemain naturalisasi baharu, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula boleh membantu skuad kebangsaan menggalas misi besar di UAE.
"Kita berada di kedudukan yang baik walaupun dilihat situasi agak tidak menyebelahi apabila tempoh latihan agak singkat namun jurulatih sudah tentu ada perancangannya.
"Jurulatih mempunyai idea yang kreatif untuk berhadapan dengan lawan nanti dan berharap kita boleh mencipta kejayaan," kata Brendan.
Selepas lima perlawanan setakat ini, Vietnam mengungguli berkedudukan teratas Kumpulan G dengan 11 mata diikuti Malaysia (sembilan), Thailand (lapan), UAE (enam) dan Indonesia (tanpa sebarang mata).1
_____________________________________
No comments:
Post a Comment