Ad

Tuesday, 2 February 2021

Harap Yob tak lari



SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 31 Januari 2021
Barisan pemain Perak FC giat berlatih sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO: FB PERAK TBG
PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai setiap pasukannya sebelum 7 Februari ini.
Menurut Naib Presiden 1 PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad, perkara berkenaan telah dinyatakan dalam pembentangan bajet jangka pendek dan jangka panjang PAFA kepada kerajaan negeri Perak baru-baru ini.
Justeru, Muhammad Yadzan berharap barisan pemain Perak bersabar dalam menunggu bayaran tunggakan gaji yang tertunggak selama sebulan setengah itu.
“Kami sudah memaklumkan masalah tunggakan gaji ini kepada kerajaan negari, jadi terpulang kepada kerjaaan negeri bagaimana untuk menguruskan hal ini.
“Saya juga difahamkan, Setiausaha (PAFA) sudah menghantar semua butiran gaji kepada pihak yang berkenaan. Kalau boleh kami mahu masalah ini segera diselesaikan.
“Kami tak mahu ada pemain yang lari (meninggalkan pasukan) pada ketika kami sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Terdahulu, beliau diminta mengulas kenyataan bekas Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendedahkan PAFA perlu melunaskan tunggakan gaji tersebut sebelum 7 Februari ini jika tidak mahu berdepan risiko kehilangan pemain.
PAFA kini mempunyai tunggakan gaji pemain dan pegawainya selama sebulan setengah iaitu separuh bayaran bagi bulan November dan Disember berjumlah RM3.8 juta. Jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji bagi Januari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Yadzan turut berharap proses penswastaan dan pemisahan antara kelab bola sepak (FC) dan persatuan bola sepak (FA) diselesaikan sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
“FC kena selesaikan dulu... FC is market. FA kita selesaikan juga tahun ini. Boleh namakan siapa yang akan kendalikan FC, saya berlapang dada dan pada mesyuarat dengan Exco (PAFA), mereka juga perlu berlapang dada.
“Saya nak bezakan antara politik dan FA. Biarlah nampak profesional apabila pasukan bertukar status kepada FC. Yang penting CEO FC yang bakal dilantik nanti dapat mencari dana untuk pasukan,” jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/121642/BERITA/Sukan/Harap-Yob-tak-lari© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment