Ad

Wednesday, 3 February 2021

Rashford atasi rekod Cantona

MyMetroTopic



Agensi

London: Marcus Rashford memintas rekod bekas pemain kesayangan Man United, Eric Cantona dalam carta penjaring terbanyak kelab.

Pemain berusia 23 tahun itu meledak jaringan ke-83nya dalam semua kejohanan ketika menentang Southampton di Old Trafford sekaligus mengatasi catatan Cantona yang menjaringkan 82 gol.

Rashford merembat hantaran Mason Greenwood ketika skuad Ole Gunnar Solskjaer membelasah Southampton 9-0.

Dia kemudiannya dikeluarkan selepas sejam perlawanan dan digantikan dengan Daniel James.

Rashford berkata kepada BT Sport: "Dia (Cantona) jelas pemain hebat yang banyak berjasa kepada kelab, jadi saya bangga dapat memintas rekodnya hari ini dan saya mahu menjaringkan lebih banyak gol dan membantu pasukan."

Pengendali United, Solskjaer berkata: "Eric pemain fantastik untuk anda saksikan dan Marcus mempunyai karier hebat yang mengatasinya.

"Apa yang dilakukan musim ini atau tahun ini hanya menunjukkan dia masih mampu fokus kepada prestasinya."

Rekod seterusnya ialah 85 jaringan milik David Beckham dan di atasnya ialah Cristiano Ronaldo (118), Andy Cole (121) dan pengurus sekarang Solskjaer (126).

Ruud van Nistelrooy pula meledak 150 gol untuk skuad Old Trafford manakala Paul Scholes dan Ryan Giggs masing-masing meledak 155 dan 160 jaringan.

Bagaimanapun, Rashford masih jauh untuk mengejar rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman United milik Wayne Rooney.

Pengurus Derby itu menjaringkan 253 gol dalam semua semua kejohanan - 93 gol mengatasi Giggs yang menduduki tempat kedua.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 10:37 PM

No comments:

Post a Comment