Ad

Saturday 6 April 2019

Amri serah kepada pengurusan MU

Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
 
MELAKA 30 DECEMBER 2016. Pemain Melaka United, Amri Yahya pada perlawanan persahabatan Melaka United menentang JDT II di Stadium Hang Tuah, Jalan Hang Tuah. Keputusan penuh perlawanan Melaka United (1) - JDT II (1).STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBERMUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
MELAKA: Amri Yahyah menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi menentukan kedudukannya dalam skuad terbabit selepas Melaka United (MU) mahu melepaskannya untuk bersama negeri kelahirannya, Selangor.

Menurutnya, keputusan akhir terpulang kepada pengurusan dengan dia sentiasa berkhidmat kepada mana-mana pasukan termasuk MU dan Selangor.

Katanya, selepas meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dia sememangnya berhasrat bersara dengan pasukan kelahirannya itu namun buat masa ini dia belum bersedia meninggalkan bola sepak dan terpulang kepada prestasi semasanya.

"Buat masa ini saya akan terus memberikan yang terbaik buat MU pada baki perlawanan pusingan pertama liga termasuk pertemuan berdepan JDT Ahad ini.

"Bagi skuad kebangsaan, terpulang kepada jurulatih untuk menyenaraikan saya. Jika terpilih saya akan memberikan yang terbaik buat skuad Harimau Malaya," katanya.

Hari ini BH Sukan melaporkan pengurusan MU mengambil keputusan luar jangkaan dengan bakal melepaskan Amri Yahyah kembali mewakili pasukan asalnya Selangor menjelang jendela perpindahan pemain musim ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 5 April 2017 | 7:52pm

No comments:

Post a Comment