Ad

Tuesday, 2 April 2019

Nazmi, Gopi, Olivi sedia beraksi

 Mohd. Nazmi Faiz MansOr (kanan) telah pulih daripada kecederaan
Mohd. Nazmi Faiz MansOr (kanan) telah pulih daripada kecederaan dan mungkin berada dalam kesebelasan utama Selangor yang akan menentang Ceres FC dalam kempen Piala AFC di Bacolod, Filipina malam ini.
23 Februari 2016 12:19 AM

KUALA LUMPUR – Selangor dijangka dapat menggunakan khidmat pemain tengah sensasi Mohd. Faiz Mansor, R. Gopinathan dan Mauro Olivi selepas mereka disahkan telah pulih daripada kecederaan dan diberi lampu hijau untuk beraksi menentang Ceres FC dalam kempen Piala AFC hari ini.

Ini adalah penampilan kelima Selangor untuk pertandingan ke­dua dalam hierarki acara bola sepak kelab Asia itu tetapi yang ketiga untuk jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan, termasuk dua kali bersama Pahang pada 2005 dan 2015, dan dia mahu memastikan perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan E dimulakan dengan langkah kanan.

Katanya, dia telah mendapat gambaran siapa akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk memikul misi membawa pulang tiga mata penuh daripada aksi malam ini di Bacolod, Filipina.


Zainal bagaimanapun kehilangan dua pemain utama untuk perlawanan itu iaitu penyerang Ahmad Hazwan Bakri dan pertahanan dari Australia, Robert Cornthwaite yang menjadi mangsa kecederaan namun khabar gembira mengenai Faiz, Gopinathan dan Olivi jelas melegakan bekas jurulatih Pahang itu.

“Malam ini (semalam) kita mulakan latihan di stadium utama. Robert dan Hazwan masih belum sembuh dan tidak bersama pasukan namun Nazmi, Gopi dan Olivi telah kembali bersama pasukan selepas diperiksa tahap kecedera­an dan kecergasan. Mereka di­jangka dapat diturunkan.

“Misi kita di sini adalah membawa pulang tiga mata atau sekurang-kurangnya satu mata dan saya berharap pemain dapat mengekalkan disiplin dan komitmen yang tinggi dalam perlawanan. Selepas latihan malam ini (semalam) saya akan dapat gambaran siapa kesebelasan utama akan main esok (malam ini),” katanya dalam mesej menerusi aplikasi Whatsapp semalam.

Antara percapaian terbaik The Red Giants dalam kempen Piala AFC adalah mara ke suku akhir 10 tahun lalu ketika dibimbing oleh Dollah Salleh di mana mereka tewas 0-1 kepada kelab dari Lebanon Nejmeh SC.

Bekas pemain kebangsaan itu juga berharap barisan pertahanan mampu menjalankan tanggujawab dengan baik terutama pertahanan tengah yang diketuai Shahrom Abdul Kalam dan Razman Roslan.

Zainal juga mengingatkan anak didiknya supaya berhati-hati dengan pasukan lawan yang dibarisi ramai pemain naturalisasi dan a­sing yang bagus.

“Razman dan Shahrom telah menjalankan tugas dengan baik setakat ini dan saya juga harap semua pemain dapat melaksanakan tanggujawab masing-masing dengan baik dan sasaran tiga mata pertama mampu dimiliki untuk meneruskan kempen Piala AFC

“Cuma kita juga perlu berhati-hati sebab pasukan lawan juga merupakan pasukan yang baik dengan memilki ramai pemain naturalisasi dan import yang bagus. Apa pun saya berharap pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat untuk perlawanan malam esok (malam ini),” ujarnya.

2006: Suku Akhir (kalah kepada Nejmeh SC, agregat 0–1)

2010: Peringkat Kumpulan (Kumpulan F)

2013: Pusingan 16 (kalah kepada New Radiant, agregat 0–2)

2014: Peringkat Kumpulan (Kumpulan F)

Pencapaian Selangor dalam Piala AFC
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/nazmi-gopi-olivi-sedia-beraksi-1.193310#ixzz5jxc2PrcV
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment