Ad

Wednesday 10 April 2019

KAFA terima surat tarik diri Piya

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Affandi Hamzah (kiri) beramah mesra dengan media Kelantan selepas mengadakan sidang media mengenai situasi terkini pasukan bolesepak Kelantan di Hotel Sutera Inn. - Foto Zaman Huri Isa
KAFA terima surat tarik diri Piya

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan menerima surat penarikan diri pemain berpengalaman, Mohd Badhri Mohd Radzi aya lebih dikenali sebagai Piya daripada skuad Kelantan.

Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah bagaimanapun berkata pihaknya belum membuat keputusan mengenai status pemain itu yang akan dibincangkan dengan pasukan teknikal.

”Kita sahkan sudah menerima surat daripada Piya, kita akan membincangkan dengan pegawai teknikal,” kata Afandi ketika ditemui selepas mesyuarat bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di sini, hari ini.

KAFA sebelum ini dilaporkan belum memutuskan status khidmat ketua jurulatihnya Marko Kraljevic dan pemain tengah, Mohd Badhri Radzi selepas syarikat My Inspiration Sdn Bhd membatalkan perjanjian usahasama antara Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd dengan badan induk persatuan negeri itu musim ini.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya akan meneliti semula kontrak jurulatih dan pemain Kelantan untuk kebaikan bersama.

Dalam perkembangan lain, Afandi turut mengesahkan tidak lagi menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd dalam menguruskan pasukan Kelantan musim ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya secara rasmi menerima surat penamatan perjanjian daripada syarikat My Inspiration Sdn Bhd yang bertanggunjawab sepenuhnya terhadap pemeteraian penjanjian itu, 4 April lalu.

Justeru, KAFA akan kembali mengambil alih sepenuhnya tugas menguruskan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2019.

“Untuk mengharungi masa akan datang, KAFA akan mengambil beberapa langkah dan pendekatan awal untuk menstabilkan kembali struktur pasukan termasuk dalam aspek kewangan.

“Dengan apa yang berlaku dan masalah yang dihadapi, banyak perkara perlu diperincikan dan apa yang pasti KAFA akan teruskan tanggungjawab seperti biasa.

“Menerusi surat yang diemel kepada KAFA, My Inspiration Sdn Bhd memaklumkan mereka menyatakan kontrak ditamatkan, namun tiada sebarang tuntutan dibuat,” katanya.
SSUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 9 April 2019 | 8:43pm

No comments:

Post a Comment