Ad

Wednesday, 10 April 2019

Piya 'angkat kaki'


MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

JODOH pemain berpengalaman Mohd Badhri Mohd Radzi atau ‘Piya’ bersama pasukan yang disertainya sejak kebelakangan ini tidak pernah cukup untuk tempoh sekurang-kurangnya semusim apabila dia dikhabarkan menarik diri daripada menyarung jersi Kelantan walaupun baharu dua minggu bersama skuad itu.

Sebelum ini, nasib sama membelenggu pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan itu ketika bersama pasukan Perlis apabila hanya bertahan dua bulan sebelum pasukan Singa Utara digugurkan daripada saingan liga Malaysia akibat masalah kewangan.

Piya ketika dihubungi bersedia daripada awal untuk menarik diri sebaik mengetahui Kelantan Red Warriors (KRW) membatalkan perjanjian dengan Persatauan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Katanya, dia tidak menyesal dengan tindakan itu malah menganggap keputusan berkenaan wajar berdasarkan pengalaman sebelum ini bersama dengan badan sukan negeri itu.

Tindakan itu dilakukan bagi mengelak keadaan bertambah buruk selepas syarikat My Inspiration Sdn Bhd menarik diri daripada kerjasama dengan pengurusan KAFA minggu lalu.

“Memang betul saya ambil keputusan menarik diri malah sebenarnya surat mengenai perkara itu sudah siap sebelum Ketua Pegawai Eksekutif KRW mengumumkan pembatalan perjanjian dengan KAFA.

“Saya percaya rezeki tetap ada walaupun malang menimpa dengan pelbagai masalah sebelum ini membabitkan tunggakan gaji dengan Kelantan serta Perlis. Lebih baik saya tarik diri sebelum isu sama timbul lagi,” katanya.

Sebelum itu, Isu tunggakan gaji kembali ‘memeriahkan’ saingan Liga Malaysia apabila pemain muda skuad The Red Warriors dilaporkan masih belum menerima gaji mereka sejak bulan Februari lalu.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 12:41 AM

No comments:

Post a Comment