Ad

Wednesday, 10 April 2019

Elaun RM20, Piya angkat kaki

MOHD Badhri Radzi
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
 
mfitrie@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kemelut baharu yang melanda Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyaksikan Mohd Badhri Radzi meninggalkan pasukan itu selepas hanya sebulan menyertainya.

"Mereka hanya diberikan RM20 untuk elaun makan. Cukupkah untuk pemain makan dengan duit sebanyak itu?” kata sumber rapat dengan pasukan berkenaan.

"Bukan itu saja, saya turut dimaklumkan pemain juga terpaksa berkongsi duit untuk caj bagasi."

BH Sukan semalam melaporkan Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya mendahului KAFA apabila memutuskan meninggalkan pasukan itu, walaupun baru sebulan kembali menyertainya.

Piya berkata dia lebih awal 'angkat kaki' susulan persatuan itu mahu mengkaji semula kedudukannya dan mana-mana pemain yang kontrak mereka dibayar oleh KRW Sdn Bhd dengan jaminan My Inspiration Sdn. Bhd.

Selain Piya, ketua jurulatihnya Marko Kraljevic turut diikat oleh KRW Sdn Bhd.

Sumber itu juga berharap badan induk itu segera mencari dana bagi mengelak negeri itu kehilangan pemain berkualiti dan 'ubi muda' yang mereka miliki sekarang.

"Daripada apa yang terjadi sekarang, saya cukup kasihan kepada pemainpemain muda. Karier mereka baharu saja bermula namun sudah terpaksa berdepan dengan situasi ini," katanya.
SUMBER-BERITS HSRISN ONLINE Selasa, 9 April 2019 | 6:57pm

No comments:

Post a Comment