Ad

Thursday, 11 April 2019

Muslim, Shukor teraju benteng

MyMetroNode
Singapura: Selepas diketepikan dalam dua perlawanan awal, jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh dijangka menagih semula khidmat pemain pertahanan tengah Mohd Muslim Ahmad (gambar) bagi perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 di Stadium Nasional, Kallang hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak diturunkan ketika Malaysia seri 0-0 dalam perlawanan pembukaan kerana digantung perlawanan dan tempatnya diserahkan kepada Mohd Fadhli Shas untuk bergandingan bersama Mohd Afif Amiruddin.

Namun selepas kubu negara dibolosi tiga kali ketika menentang Thailand Rabu lalu, Dollah dijangka memanggil kembali Muslim untuk membentuk kombinasi bersama kapten Shukor Adan yang sebelum ini bermain di posisi tengah.

Bagi Muslim yang menjadi tonggak skuad juara Piala AFF 2010, dia tidak sabar untuk kembali beraksi biarpun bakal berdepan cabaran cukup sukar menentang pasukan tuan rumah dan juara bertahan Singapura.

“Keputusan siapa akan bermain esok (hari ini) terletak di tangan jurulatih. Tapi jika diberi peluang sudah pasti saya akan berusaha menjalankan tugas itu dengan baik.

“Tidak kira siapa yang bermain, semua pemain perlu menunjukkan semangat juang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.

Jika benar Muslim diturunkan, dia akan digandingkan bersama Shukor buat kali pertama.

“Kali pertama bermain dengan Shukor tidak penting sebaliknya terpulang kepada pemain itu sendiri untuk bermain dengan baik di padang.

“Kekuatan Singapura terletak kepada gerakan set-piece jadi kami perlu berhati-hati,” katanya.

Berikutan Shukor beraksi di bahagian pertahanan, tugas asalnya di posisi tengah bakal diserahkan kepada Gary Steven Robbat untuk bersama pemain perancang Safiq Rahim.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:10 AM


No comments:

Post a Comment