Ad

Wednesday, 10 April 2019

Dollah kecewa penyudah Pahang tumpul

Isnin, 8 April 2019 | 2:52pm
 
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh. - Foto Owee Ah Chun
Dollah kecewa penyudah Pahang tumpul
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh jelas tidak dapat menyembunyikan wajah kecewanya apabila skuad bimbingannya gagal merekodkan kemenangan ke atas PJ City FC dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Keputusan seri 1-1 dengan PJ City itu juga menyebabkan skuad Tok Gajah terlepas peluang untuk kembali memintas kedudukan teratas liga selepas lapan perlawanan.

"Perasaan hampa itu memang ada kerana kita perlu menang untuk kembali berada di takhta liga tetapi pemain gagal mencapai misi itu.

"Sebenarnya, kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi faktor ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan tiga mata terlepas.

"Corak bertahan lawan juga menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama pada babak kedua," katanya.

Mengulas persembahan skuad itu, Dollah berkata, anak buahnya sudah melakukan segala-galanya termasuk menyenaraikan Dickson Nwakaeme pada babak kedua perlawanan.

Katanya, jaringan penyerang Brazil, Jose Eduardo atau Ze Love sebaik bersambung babak kedua membantu pasukan untuk mengelak daripada terlepas mata.

"Jaringan pendahuluan lawan oleh Mohd Safie Sali adalah satu-satunya peluang yang berjaya mereka sempurnakan.

"Dalam permainan bola sepak jika bermain bagus sekali pun tetapi gagal menjaringkan gol, ia tidak bermakna," katanya.

Pada perlawanan itu, gol pendahuluan PJ City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee minit ke-32 sebelum Eduardo menyamakan kedudukan pada minit ke-49.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 8 April 2019 | 2:52pm

No comments:

Post a Comment