Isnin, 29 April 2019 | 9:25pm
INDRA Putra Mahayuddin.
Windsor tabik Indra
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John kagum dengan pencapaian Indra Putra Mahayuddin yang berjaya meledak jaringan ke-100 sepanjang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).
Menurut Windsor, bukan mudah untuk seseorang pemain meledak jaringan hingga angka 100 apatah lagi dengan usia Indra yang akan mencecah 38 tahun September ini.
Justeru katanya, ia satu pencapaian yang cemerlang daripada Indra dan semua orang perlu mengucapkan tahniah kepada pemain veteran yang kini mewakili Kuala Lumpur dalam Liga Super.
"Pada usia 38 tahun, tapi memiliki keinginan tinggi untuk menjaringkan gol. Setiap orang perlu ucap tahniah kerana anda mungkin boleh beraksi dan melakukan percubaan tetapi belum tentu dapat menjaringkan gol,” kata Windsor.
"Indra pemain yang bagus, semua orang tahu dan kariernya sangat panjang dalam bola sepak termasuk mewakili skuad kebangsaan."
Indra meledak gol ke-100 pada aksi Kuala Lumpur berdepan PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu hasil sepakan lencong yang menarik.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 29 April 2019 | 9:25pm
No comments:
Post a Comment