Ad

Wednesday 10 April 2019

Saya kecewa - Dollah

 DOLLAH SALLEH
DOLLAH SALLEH
08 April 2019 8:10 PM

KUANTAN 8 April – Kegagalan skuad Tok Gajah meraih tiga mata penuh menentang Petaling Jaya (PJ) City di laman sendiri semalam ternyata mengecewakan Dollah Salleh selaku pengendali skuad itu yang mengharapkan kemenangan untuk kembali mengungguli takhta Liga Super.

Dollah berkata, dia berasa hampa kerana Pahang perlu menang perlawanan itu tetapi pemain gagal mencapai misi tersebut.


“Sebenarnya, kita banyak peluang menja­ringkan gol tetapi faktor ketum­pulan di bahagian serangan menyebabkan tiga mata terlepas.

“Corak bertahan dipersembahkan lawan juga menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama pada babak kedua,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Pada perlawanan berkenaan, gol PJ City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Safee Sali minit ke-32 sebelum Ze Love menyamakan kedudukan pada minit ke-49 untuk skuad Tok Gajah.- UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/saya-kecewa-dollah-1.878825#ixzz5khh6xJXo
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment