Ad

Wednesday, 10 April 2019

Piya sila turun berlatih

 MOHD. BADHRI RADZI
MOHD. BADHRI RADZI
Yatimin Abdullah

10 April 2019 4:25 PM
KOTA BHARU 10 April - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menuntut legenda The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi turun menjalani latihan bersama pasukan itu.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu belum membuat keputusan berhubung hasrat Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya untuk keluar dari pasukan Kelantan sebagaimana surat yang dihantar pada 7 April lalu.


“Jadi Piya perlu terus ada di padang dan menjalani latihan seperti biasa,” katanya.

Bibi memberitahu, Piya perlu mematuhi kontrak yang telah ditandatanginya itu.

Katanya, KAFA mempunyai asas yang kukuh kenapa Piya perlu kembali ke pangkuan pasukan walaupun sebelum ini dia mengikat perjanjian dengan KRW Sdn. Bhd.

Selaku entiti swasta yang menguruskan pasukan bola sepak negeri itu.

“Kalau dahulu semua berdasarkan kontrak Kafa yang kena patuh, jadi (sekarang) rasanya baik Piya ikut kontrak dahulu,” ujarnya.

Utusan Malaysia pada 8 April lalu melaporkan, tidak sampai sebulan kembali ke pangkuan Kelantan Piya membuat keputusan meninggalkan TRW kerana sedar dia mungkin sudah tiada tempat bersama pasukan itu.

Telerainya kerjasama antara KAFA dan My Inspiration Sdn. Bhd baru-baru ini adalah punca utama bintang tengah berusia 37 tahun itu mengambil keputusan berundur.

KAFA sebelum ini memberitahu, mereka akan mengaji semula kedudukan semua pemain yang dibayar gaji oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd. ekoran keputusan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ahmad Fazli Mohammad meletak jawatan minggu lalu. - UTUSAN ONLINE

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/piya-sila-turun-berlatih-1.879906#ixzz5kk1m7AqK
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment