Ad

Monday, 29 April 2019

Indra ledak gol ke-100 Liga Super

SUKAN»Bola
Ahad, 28 April 2019 | 7:53pm
 
AKSI Indra Putra Mahayuddin (kiri) menanduk bola melepasi pemain PKNS FC, K Gurusamy dan Muhammad Akram Mahinan pada saingan Liga Super 2019 Stadium Shah Alam, semalam. - NSTP/Roslin Mat Tahir
Indra ledak gol ke-100 Liga Super
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Stadium Shah Alam menjadi saksi penyerang veteran, Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan statusnya sebagai legenda bola sepak negara apabila muncul pemain pertama meledak 100 gol dalam saingan Liga Super.

Malah, jaringan ke-100 itu dilakar dengan penuh bergaya - menerusi percubaan lencong yang menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Zarif Irfan Hashimuddin di penghujung babak pertama sekali gus membantu skuad The Hawks mengurangkan defisit gol.

Bagaimanapun, jaringan terbabit nyata belum cukup untuk membantu Kuala Lumpur selepas mereka terpaksa akur tumbang 3-2 di tangan skuad Semut Merah pada aksi Liga Super, semalam.

Sebagai rekod, bekas pemain kebangsaan itu meledak gol pertamanya ketika beraksi bersama Pahang dan jaringan sulung itu dilakar ketika menentang Sabah pada 21 Februari 2004.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 28 April 2019 | 7:53pm

No comments:

Post a Comment