PEMAIN tengah Kelantan Mohd
Badhri Radzi. - NSTP/Ihsan Kelantan Red Warriors
KAFA pun kena ikut kontrak - Piya
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR: Pemain tengah
Kelantan Mohd Badhri Radzi sedia menunaikan permintaan Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) supaya turun menyertai latihan bersama The Red Warriors (TRW).
Namun, pemain veteran berusia 37
tahun yang dikenali sebagai Piya itu menuntut persatuan negeri itu untuk
mematuhi kontrak dengan membayar gaji seperti yang dipersetujui sebelum ini.
“Saya boleh sertai latihan
seperti yang diminta KAFA, dan hari ini pun saya datang ke padang. Tapi KAFA
juga perlu patuh pada apa yang terkandung dalam kontrak,” kata Badhri.
"Dalam kontrak tertulis
dengan jelas bahawa mereka (KAFA) perlu membayar gaji pemain sebelum atau pada
7 hari bulan setiap bulan. Tapi hingga kini belum dapat lagi.
"Jadi, tolonglah berlaku
adil, kalau tidak dibayar gaji siapa yang nak turun berlatih? Saya harap KAFA
faham mengenai situasi ini.”
Sebelum ini, Piya membuat
keputusan mendahului KAFA selepas memutuskan untuk meninggalkan TRW walaupun
baru sebulan kembali menyertai pasukan itu, musim ini.
Tindakan itu dibuat Piya susulan
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sebelum ini menjelaskan persatuan itu
akan meneliti semula mana-mana kontrak pemain ditandatangani bersama Kelantan
Red Warriors (KRW) Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Bibi dilaporkan
meminta Piya menyertai pasukan kerana KAFA masih belum membuat keputusan
mengenai masa depannya bersama skuad itu.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
10 April 2019 | 8:20pm
No comments:
Post a Comment