Ad

Friday, 19 April 2019

Asam garam karier Zaquan Adha

MOHAMAD FIRDAUS ABDULLAH
19 April 2019 6:07 PM
Zaquan Adha mengakui beliau pernah dikecam hebat yang melibatkan kariernya sehingga didesak supaya “
Zaquan Adha mengakui beliau pernah dikecam hebat yang melibatkan kariernya sehingga didesak supaya “menggantung kasut”.

KUALA LUMPUR - Penyerang pasukan Kedah, Zaquan Adha Abdul Razak meluahkan segala yang terbuku di hati setelah pelbagai tohmahan dilemparkan terhadapnya sehingga ada yang mendesaknya untuk bersara dari arena bola sepak negara.

Jelasnya, banyak pihak sering mempersoalkan kredibilitinya di atas padang apabila melihat dia sering jatuh dalam beberapa aksi sebelumnya seterusnya perkara tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen.


Bagaimanapun, Zaquan Adha yang juga pemain skuad Harimau Malaya menjelaskan keadaan tersebut berlaku mungkin disebabkan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang pernah terjadi ke atas dirinya sebanyak empat kali sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Saya pernah menjalani empat kali pembedahan ACL dan satu di bahagian lutut dan satu pada tangan sepanjang karier saya selama ini.

“Jika anda sering mempersoalkan kenapa saya jatuh, mungkin semua itu berlaku disebabkan kecederaan saya yang telah menjejaskan keseimbangan badan ketika berada di atas padang.

“Apa pun saya tetap bersyukur apabila diberikan kekuatan untuk bermain sehingga sekarang dan kepada atlet lain jangan pernah berputus asa jika berdepan situasi seperti saya,” katanya menerusi laman Instagram peribadinya semalam.

Dalam pada itu, Zaquan Adha mengakui beliau pernah dikecam hebat yang melibatkan kariernya sehingga didesak supaya “menggantung kasut”.

“Saya dikritik dan diminta bersara, tetapi saya yakin rezeki itu datang dari Allah dan saya percaya apa yang telah diberikan selama ini juga merupakan amanah dari Allah.

“Apa yang lebih penting adalah ambil segala kutukan dan cacian yang dilemparkan sebagai pembakar semangat untuk bangkit menjadi yang lebih baik,” jelasnya. – SUMBER  K! ONLINE 19 April 2019 6:07 PM

No comments:

Post a Comment