Ad

Monday, 5 October 2020

Harap bisa kaki kiri

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Rembatan kaki kiri Safawi Rasid sememangnya digeruni dan dianggap antara peledak paling prolifik di benua Asia, malah kejayaan memenangi beberapa anugerah peringkat benua ini menjadikan dia pemain paling menyinar.

Terbaru, jaringan lencong kaki kirinya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan Safawi dinobatkan pemenang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada bulan lalu.

Lantas, penghijrahan Safawi ke liga utama Portugal bersama kelab Portimonense SC membuka peluang buat pemain Harimau Malaya itu mencipta nama di bumi Eropah.

Malah, Safawi sendiri berazam untuk menggegar Eropah dan berharap tuah kaki kirinya akan terus bersinar sekali gus membuka mata pemerhati bola sepak dunia.

"Saya nak rebut dulu kesebelasan utama dan kemudian saya akan tunjukkan semua apa yang saya ada. Insya Allah bila saya pergi sana, saya harap kaki kiri saya menjadilah," katanya yang berhijrah secara pinjaman selama semusim.

"Saya pergi ke sana hanya untuk menunjukkan apa yang saya ada dan berikan sesuatu supaya kelab-kelab daripada Eropah, Asia mengetahui bahawa Malaysia mempunyai ramai pemain-pemain yang baik," kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Dalam perkembangan sama, Safawi turut mengakui bahawa dia perlu segera menyesuaikan diri dengan cabaran terutamanya dari aspek pemakanan dan fizikal.

"Saya pergi tak bawa makanan apa-apa. Saya akan cuba menyesuaikan diri dan harap semuanya berjalan lancar.

"Tak banyak kerja rumah yang saya buat pasal kelab atau liga di sana. Cuma apa yang saya tahu, saingan di sana berbeza dan ia boleh tingkatkan tahap permainan saya."

Dengan pemergian Safawi, ini bermakna dia muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 6:15 AM

No comments:

Post a Comment