Oleh Rizar Mohd Noor - Oktober 3, 2020 @ 12:37pm
rizar@mediaprima.com.my
Safawi (kanan) memeluk pengurus pasukan Luciano Figueroa sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan JST
Safawi (kanan) memeluk pengurus pasukan Luciano Figueroa sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan JST
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dengan penuh emosi apabila ia turut menjadi perlawanan terakhir buat Safawi Rasid.
Safawi yang akan menyertai kelab Portugal, Portimonense SC turut memakai baju yang tertulis 'I will miss JDT Family' (Saya akan merindui keluarga JDT).
Aksi menentang Sabah yang menyaksikan JDT menang 4-1 malam tadi kemungkinan akan menjadi aksi terakhir Safawi buat kelab yang disertai sejak tahun 2014 itu.
Bagaimanapun pengendali JDT Benjamin Mora hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United, di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.
"Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia.
"Kami akan tunggu apa juga keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia adalah baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional," kata Mora.
Pasukan JDT meraikan kejayaan menjulang Piala Liga Super 2020 selepas menewaskan Sabah dengan keputusan 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Foto BERNAMA
SUMBER-BH ONLINE
No comments:
Post a Comment