Oleh AMRAN MULUP
2 Mei 2021, 12:43 am
MELAKA: Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha muncul hero apabila menjaringkan gol kemenangan buat Sarawak United menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II 1-0 dalam saingan Liga
Perdana di Stadium Hang Jebat di sini, sebentar tadi.
Perlawanan yang dilihat bakal berkesudahan seri tanpa jaringan ketika berbaki lima minit untuk ditamatkan kembali bertenaga.
Norshahrul tidak mensia-siakan peluang keemasan yang diperolehinya apabila mudah menyepak masuk gol tunggal perlawanan, sekali gus menewaskan penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq
Nadzli.
Kemenangan mengutip tiga mata penuh itu sekali gus melonjakkan kedudukan Sarawak United kembali merampas tampuk teratas Liga Perdana dengan mengutip 20 mata.
PEMAIN Sarawak United, Stuart James Wilson Wark (kiri) bersaing dengan pemain JDT II, Mohamad Rafiefikre Rosman dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Kelebihan dua mata itu meletakkan Negeri Sembilan berada di tempat kedua dengan 18 mata daripada sembilan perlawanan manakala JDT II terus kekal di tangga keempat dengan 15 mata.
Seawal minit kelima, Sarawak nyaris meledak jaringan pembukaan namun hampa apabila sepakan dari luar kotak penalti Christie Jayaselan sekadar menyingahi palang gol ketika penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq Nadzli sudah tertewas.
Keadaan padang yang becak selepas hujan turun sebelum perlawanan bermula sedikit menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan.
Begitupun, JDT II lebih banyak menguasai babak perlawanan tetapi tidak berupaya mencipta banyak peluang untuk gandingan serangan menerusi Fernando Ortega dan Stuart Wilkin untuk mencipta jaringan awal.
Peluang terbaik milik pelawat hadir tiga minit sebelum babak separuh masa pertama hendak ditamatkan namun tandukan Mahamad Firdaus Ramli melewati palang gol Sarawak United.
Dua minit babak kedua bermula pintu gol tuan rumah bolos hasil sepakan Ortega namun penjaga garisan lebih awal mengangkat bendera kerana bola sudah melepasi garisan keluar terlebih
dahulu.
Pada minit ke-72, Sarawak United hampir-hampir memecah kebuntuan jaringan gol apabila sepakan Norshahrul berjaya diselamatkan penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq.1
_________________________________________
1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/05/mat-yo-wira-sarawak-united/ (diakses pada 5 Mei 2021)
No comments:
Post a Comment