Ad

Saturday, 1 May 2021

Zainal kecewa lagi, Neitzel bangga

Nazri Abu Bakar

sukanteam@nstp.com.my



ZAINAL Abidin Hassan. FOTO Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan kecewa kelalaian pada 10 minit terakhir menjadi punca kekalahan skuad terbabit kepada Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Baginya, selepas dua kali mendahului pelawat kealpaan pertahanan menyebabkan kekalahan kedua di laman sendiri ketika dilihat pasukan itu bakal ceria dengan mata maksimum mahupun sekurang-kurangnya mengutip satu mata.

Menurutnya, anak buahnya gagal menutup kemas kubu pasukan terutama dalam kotak penalti selepas diasak lawan yang akhirnya menyebabkan gol kemenangan pelawat pada minit-minit akhir babak kedua.

Katanya, selepas gol penyamaan kali kedua pemainnya seperti hilang fokus untuk memastikan gawang tidak bocor namun sekali lagi melakukan kesilapan.

"Jika mereka lebih fokus kelebihan jaringan yang diperolehi mampu dikekalkan kerana ia amat penting dalam setiap perlawanan.

"Justeru saya akan mengkaji kelemahan pertahanan menerusi 'post mortem' sebelum aksi seterusnya berdepan Perak di Ipoh," katanya.

Dalam masa sama dia juga mengharapkan penyerang import Alex Goncalves akan kembali beraksi selepas dilanda kecederaan ketika berdepan Penang FC dua minggu lalu.

Sementara itu, jurulatih Selangor Karsten Neitzel berkata, dia jelas lega kerana memiliki pemain simpanan yang sangat baik sekali gus merubah rentak perlawanan menerusi kemasukan mereka.

Beliau berkata, dia melakukan pertukaran tepat pada masanya ketika pasukan ketinggalan dua kali untuk memastikan tekanan ke atas Melaka.

Malah prestasi mereka sama dengan kesebelasan pertama yang boleh menjadi aset untuk meraih mata penuh ketika lawan mendominasi keputusan semasa.

Apa yang pasti sumbangan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Muhammad Syahmi Safari antara pemain gantian yang berjaya membantu merekodkan kemenangan terbabit termasuk menerusi hantaran Mukhairi dan jaringan Syahmi.

Neitzel berkata, dia juga amat bangga dengan semua pemain yang berusaha gigih untuk mengatasi Melaka termasuk Ifedayo yang cemerlang bagi membantu kemenangan Selangor sepanjang musim ini.Gol gol Melaka dalam perlawanan terbabit disumbangkan menerusi sepakan penalti Stefan Nikolic (m-45) dan Ahmad Syamim Yahya pada m-59 dan Selangor menerusi Olusegun Ifedayo (m-51, m-70) serta Muhammad Syahmi pada minit ke-87 perlawanan.1

Disiarkan pada: April 19, 2021 @ 1:03pm

______________________________________

No comments:

Post a Comment