Ad

Thursday, 8 October 2020

Luqman Hakim dapat pengalaman berharga

Oleh Syafiq Aznan - Oktober 7, 2020 @ 10:24pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Gambar fail - Luqman Hakim Shamsudin ketika tiba di Belgium bagi menyertai kelab KV Kortrijk.

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mengutip pengalaman berharga di bumi Eropah sekalipun pasukannya tewas 4-3 pada aksi latihan pertama menentang RWD Molenbeek, kelmarin.

Pada aksi menentang pasukan divisyen dua itu, pengendali KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe meletakkan penyerang berusia 18 tahun itu di bangku simpanan terlebih dahulu sebelum dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-63.

Masuk ketika pasukannya ketinggalan 1-3, kehadiran Luqman dan seorang lagi pemain, Kristof D'Haene jelas membantu KV Kortrijk kembali dalam permainan apabila pasukan itu berjaya mengikat kedudukan kepada 3-3.

Bagaimanapun, pasukan lawan meledak gol kemenangan menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-74 untuk menjadikan kedudukan 4-3 yang kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, KV Kortrijk akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan latihan menentang akademi Club Brugge, Kelab NXT, Jumaat ini dengan Luqman dijangka terus diberi peluang beraksi bersama pasukan utama itu.

Sebagai rekod, Luqman yang menyertai pasukan dari Belgium itu pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencetus impak apabila dia meledak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi pemanas badan sebelum ini.

Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas sebelum itu dia turut mencetak satu gol ketika diturunkan dalam aksi persahabatan skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk menentang KRC Gent yang berakhir dengan kekalahan 4-1 buat barisan muda KV Kortrijk.SUMBER-SUKAn bh online

No comments:

Post a Comment