MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyerang Bawah 19 Tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin semakin hampir untuk beraksi dalam saingan liga utama Belgium apabila dia akan diuji dalam perlawanan persahabatan menentang kelab divisyen dua Belgium dalam masa terdekat ini.
Pemain berasal dari Kota Bharu itu dijangka akan diturunkan menentang dua kelab Divisyen 2 Belgium bersama barisan pemain utama KV Kortrijk sekali gus memberi pengalaman bermakna buat Luqman pada masa akan datang.
Menerusi ciapan twitter pencipta kandungan KV Kortrijk, Jordi Callens memaklumkan bahawa tonggak B-19 negara itu akan diturunkan kali kedua menentang RWD Molenbeek dan Club NXT nanti.
"Apa yang saya tahu, Luqman akan diberi peluang dalam perlawanan persahabatan hujung minggu ini," katanya.
Luqman yang mula menyertai KVK pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila dia mencetak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi persahabatan sebelum ini.
Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas sebelum itu meledak satu gol ketika skuad B-21 KVK tewas 4-1 di tangan KRC Gent yang juga aksi persahabatan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 7:22 PM
No comments:
Post a Comment