Ad

Sunday, 26 November 2017

Adib tekad cipta sejarah baru

Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
 
KETUA pasukan skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Muhammad Adib Zainudin (gambar) menganggap peluang beraksi di Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China pada Januari ini adalah peluang sekali seumur hidup dan mahu menggunakan kesempatan itu untuk mencipta sejarah baru bersama pasukan.

Mengakui halangan yang bakal ditempuhi cukup sukar terutama apabila berdepan tiga gergasi Asia iaitu Arab Saudi, Jordan dan Iraq dalam Kumpulan C, Adib bagaimanapun tetap yakin mampu melakukan kejutan berdasarkan perancangan dan persiapan rapi pasukan sebelum bermulanya kejohanan.

“Kebanyakan pasukan Arab ini lebih kepada saiz fizikal yang biasanya lebih besar dan keras, tapi bagi Adib ia bukan faktor yang boleh menentukan kemenangan pasukan.

“Apa yang penting kerja. Bermain betul-betul, sungguh-sungguh dan beraksi sebagai satu pasukan itu lebih penting daripada memikir benda lain. Jangan takutlah sebenarnya, kita boleh lakukan.

“Adib mahu raih kemenangan dan mara sejauh mungkin dalam kejohanan itu. Bukan senang dapat bermain dengan pemain-pemain yang lebih baik di sana,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengesahkan skuad muda negara kendalian Datuk Ong Kim Swee akan mengharungi enam perlawanan persahabatan sepanjang kem latihan, termasuk di Korea Selatan dan China untuk menghadapi pusingan akhir AFC itu.

Namun, sebelum ‘berguru’ di dua negara itu, pasukan akan mengadakan kem latihan pusat tempatan selama 20 hari di Johor Bahru bermula 27 November ini dengan dua aksi persahabatan pada 9 dan 14 Disember ini.

Lebih menarik, dalam kunjungan di Mokpo, Korea Selatan bermula 17 Disember nanti, skuad B-23 dijadual bertemu pasukan B-23 Korea Selatan, sekali gus bakal menjadikan persediaan paling mantap buat anak didik Kim Swee itu.

Dalam perkembangan lain, tonggak pertahanan FELCRA FC itu mendedahkan masih mencari pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas kontraknya bersama skuad The Rival itu bakal berakhir pada minggu depan.

“Sebelum ini memang ada pasukan yang bertanya, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa lagi. Memang saya tengah mencari pasukan dan kalau boleh mahu cuba beraksi di Liga Super serta kerap diberi peluang bermain,” katanya yang membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos lalu.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 1:18 PM

No comments:

Post a Comment