Pemain Sarawak, Mateo Roskam
(tengah) diasak pertahanan T-Team dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching
semalam.
29 Oktober 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Dua
jaringan penyerang dari Brazil, Alessandro Celin bukan sahaja membantu Kelantan
menewaskan Melaka United 3-1 malam ini malah turut memastikan skaud The Red
Warriors (TRW) itu kekal untuk beraksi dalam Liga Super pada musim depan.
Kelantan, yang terdesak untuk
mencari kemenangan dalam aksi terakhir liga yang berlangsung di Stadium Hang
Jebat, bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan pertahanan
tengah tuan rumah Nicholas Swirad pada minit ke-30.
Pasukan pelawat bagaimanapun
bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang dari Lebanon, Abu Bakr Al-Mel
pada minit ke-73 sebelum Celin memastikan tiga mata berharga menjadi milik TRW
apabila meledak dua gol pada minit ke-80 dan selang tujuh minit kemudian.
Pulau Pinang yang sudah pun sah
beraksi dalam Liga Perdana pada musim depan selepas menghuni anak tangga
tercorot tewas 3-1 kepada Selangor di Stadium Negeri. Selangor membuka tirai
jaringan pada minit ke-25 menerusi Andik Vermansah sebelum Rufino Segovia
meledak dua gol pada minit ke-50 dan minit ke-68.
Satu lagi pasukan yang turun ke
Liga Perdana adalah Sarawak yang menghuni tempat kedua tercorot liga selepas
terikat tanpa jaringan menentang T-Team di Stadium Negeri.
Sementara itu, Pahang
menamatkan kempen Liga Super di anak tangga kedua selepas seri 1-1 menentang
Perak di Stadium Darul Makmur. Gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Christie
Jayaseelan pada minit ke-23 sebelum Nasir Basharudin menyamakan kedudukan pada
minit ke-78.
Felda United pula membelasah
PKNS FC 4-2 di Stadium Shah Alam manakala Kedah terikat tanpa jaringan
menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan yang dianggap praperlawanan
akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kalahkan-melaka-kelantan-kekal-dalam-liga-super-1.544484#ixzz4xAdxhu87
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment