Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
MORAIS (kiri) dan kapten JDT,
Safiq Rahim pada sidang akhbar semalam menjelang final Piala Malaysia menentang
Kedah di Shah Alam malam ini.
JURULATIH Johor Darul Ta’zim
(JDT), Ulisses Morais mengakui pertembungan menentang Kedah dalam aksi final
Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam malam ini bakal menjadi satu
perlawanan mendebarkan dan mengujakan.
Lebih tepat, Morais menganggap
aksi final itu bagaikan perlawanan epik untuk menutup kempen Liga Malaysia
(Liga M) musim ini selepas kedua-dua pasukan itu berada di kemuncak prestasi.
Pengendali kelahiran Portugal
itu berkata, beliau menghormati kemampuan skuad Helang Merah tetapi dalam masa
sama Morais memberikan petanda bahawa Harimau Selatan telah bersedia untuk
menjulang trofi kejohanan tertua Asia Tenggara itu buat kali pertama malam ini.
“Final Piala Malaysia menjadi
aksi terakhir musim ini. Skuad JDT berada di tahap terbaik kerana kami memiliki
pemain terbaik untuk mendapatkan trofi ini. Kami juga memiliki keyakinan dengan
cara tersendiri. Kami mahu memenanginya.
“Ia akan menjadi berbeza buat
kedua-dua kelab kerana ini adalah aksi final. Kami menyedari hal itu kerana
kedua-dua pasukan berada di sini (final Piala Malaysia) kerana mereka berjaya
mendapatkan keputusan yang bagus dalam kejohanan ini sebelum layak ke final.
“Kami telah berjaya
mempersembahkan satu prestasi baik sepanjang 10 perlawanan lalu, jadi kami tahu
esok (hari ini) akan menjadi satu aksi sukar. Namun kami berharap perlawanan
ini bagus untuk semua orang dan mereka akan melihat satu persaingan sengit,”
katanya pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam, semalam.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4xQQwx5jx
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment