SAFIQ RAHIM percaya persediaan
JDT berada di tahap terbaik bagi menghadapi final Piala Malaysia, Sabtu ini.
02 November 2017 5:59 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kapten
Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim berkata, moral skuad Harimau Selatan kini
berada di tahap tertinggi untuk menghadapi Kedah dalam final Piala Malaysia,
Sabtu ini.
Perancang utama skuad
kebangsaan itu percaya, keputusan baik mampu diperoleh jika pemain memberikan
100 peratus dalam persiapan menghadapi aksi di Stadium Shah Alam itu.
“Saya percaya sekiranya kami
memberikan seratus peratus dalam persiapan ini, Insya-Allah kami berjaya
memperoleh keputusan terbaik.
“Bagi saya, semua pemain
pastinya mahukan kemenangan serta mahukan Piala Malaysia tahun ini berada di
Johor, begitu juga saya. Apa yang penting, saya mahukan kemenangan untuk final
kali ini,” kata Safiq yang dipetik dalam Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern
Tigers hari ini.
Bagaimanapun Safiq, 30, yang
membantu JDT muncul naib juara Piala Malaysia 2014 mengingatkan rakan-rakan
sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan Lang Merah, yang turun selaku
juara bertahan serta juara Piala FA musim ini.
“Apa yang penting adalah
taktikal, cara dan persembahan kami dalam perlawanan itu. Jika kami bermain
mengikut apa telah dirancangkan jurulatih ketika sesi latihan, Insya-Allah kami
akan dapat atasi pasukan Kedah,” katanya.
Sementara itu, bintang tengah
kelahiran Sepanyol, Natxo Insa yakin JDT mampu menambah koleksi kejuaraan
dengan menjulang Piala Malaysia selepas berjaya mempertahankan gelaran Liga
Super buat musim keempat berturut-turut.
“Saya sedar perlawanan pastinya
sengit dan peluang kedua-dua pasukan 50-50, namun kami tetap yakin dapat
memenanginya. Saya bersama rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik bagi
memenangi perlawanan tersebut.
“Kami mempunyai peluang
memenangi dua trofi musim ini. Kami mahu meraikan bersama dengan penyokong dan
berusaha memenangi piala ini. Kita mempunyai pemain yang bagus dan jangan
bimbang, kita akan memberi sepenuh fokus dalam 90 minit perlawanan dan
tampilkan semangat yang tinggi,” kata Insa yang mempunyai darah kacukan
Malaysia kerana neneknya adalah rakyat negara ini.
Kedah mara ke final setelah
menang agregat 3-1 ke atas Felda United, manakala JDT menang agregat 4-1 ke
atas Perak pada satu lagi aksi separuh akhir Piala Malaysia.
Kedua-dua pasukan pernah
bertemu dua kali musim ini, menyaksikan Kedah menang 5-4 menerusi penentuan
sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi Piala Sumbangsih
di Stadium Larkin, 20 Jan lepas.- UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/moral-jdt-di-tahap-tertinggi-safiq-1.546382#ixzz4xQ6DLBMv
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment