Sukan»Bola
Jumaat, 3 November 2017 |
7:07pm
JURULATIH JDT, Takzim Ulises
Morais (kiri) dan Kapten Pasukan, Safiq Rahim ketika sidang media menjelang
Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. - Foto Yazit Razali
Safiq harap tuah final ketiga
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Kapten Johor Darul
Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mengharapkan penampilan final kali ketiga Piala
Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok akan memberi tuah kepadanya untuk
menjulang trofi yang masih belum dikecapi dalam kariernya.
Pada usianya yang mencecah 30
tahun, Safiq dianggap antara pemain tempatan paling berjaya dengan deretan
trofi kejayaan Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih, Piala AFF 2010 dan Piala
AFC 2015.
Namun, apa yang masih tiada
dalam kabinet trofinya adalah Piala Malaysia apabila dua kali percubaannya di
pentas akhir bersama Selangor pada 2008 dan JDT 2014, berakhir dengan
kegagalan.
Bagaimanapun, kapten kebangsaan
itu tidak mahu sejarah silam terus menghantui dirinya dan percaya peluangnya
untuk menebus kegagalan kini terbuka.
"Ini kali ketiga saya
beraksi di final dan saya berharap tuah ada bersama JDT. Mana-mana pemain
mahukan kemenangan untuk catat sejarah individu tersendiri, jadi saya harap
saya dan rakan dapat berikan aksi terbaik," katanya dalam sidang media menjelang
aksi final itu, hari ini.
Safiq yang bakal menjadi
perancang utama bersama Natxo Insa di bahagian tengah, bagaimanapun menghormati
kekuatan juara bertahan, Kedah yang akan tampil di final kejohanan edisi ke-91
itu buat kali ketiga berturut-turut.
Baginya, dia tidak kisah sama
ada mereka akan diheret ke penentuan sepakan penalti kerana apa yang penting
adalah kejuaraan pertama Piala Malaysia buat JDT.
"Kita sudah buat persiapan
rapi, sama ada perlawanan ditentukan dalam 90 minit, 120 minit atau penalti, harap
tuah akan memihak kepada JDT. Kami semua akan berikan yang terbaik, tak kisah
dalam apa situasi, kami hanya mahukan kemenangan," katanya
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
3 November 2017 | 7:07pm
No comments:
Post a Comment