PENYOKONG Harimau Malaya terus hampa dengan
kejatuhan ranking.
Devinder Singh
devinder@nstp.com.my
MALAYSIA mengulangi rekod terburuk dalam ranking
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila jatuh ke tangga 174 dalam
ranking terbaru yang dikeluarkan badan induk dunia itu, hari ini.
Kedudukan itu jatuh empat anak tangga berbanding 170
bulan lalu selepas tewas dua kali berturut-turut dengan jaringan 4-1 kepada
Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 sekali gus menyaksikan
Malaysia terlepas 13 mata untuk ranking FIFA.
Kekalahan itu juga menyebabkan skuad Harimau Malaya
terpaksa melupakan impian untuk mara ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia
itu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.
HARIMAU Malaya terpesok ke tangga 174 di bawah
kendalian Vingada.
Skuad kendalian Nelo Vingada kekal di kedudukan
tercorot Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan
dan akan mengharungi aksi terakhir berdepan Lubnan pada Mac depan.
Malaysia berkongsi kedudukan di tangga 174 bersama
Kosovo dan St Lucia dengan mengumpul 97 mata selain Singapura dan Kemboja naik
ke kedudukan lebih baik sekali gus meninggalkan Malaysia di kedudukan kelapan
dalam ranking negara ASEAN.
Ia juga ranking terburuk skuad Harimau Malaya sejak
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) pada Mac lalu dan menyamai pencapaian terburuk negara pada April dan Mei
tahun lalu.
HARIMAU Malaya gagal menang sebarang perlawan sejak
Vingada teraju Harimau Malaya.
Malaysia naik ke kedudukan 156 pada November tahun
lalu ketika di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee tetapi ranking skuad negara
merudum selepas Vingada mengambil alih.
Jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih
sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak dilantik sebagai ketua
jurulatih Harimau Malaya pada Mei lalu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November
2017 @ 6:24 PM
No comments:
Post a Comment