Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my
PERSATUAN Pemain Bolasepak
Profesional Malaysia (PFAM) menuntut pemain yang beraksi dalam saingan Liga
Malaysia (Liga-M) tidak mengejar tawaran lumayan semata-mata sebaliknya perlu
memikirkan mengenai peluang lebih kerap beraksi dalam kesebelasan utama.
Presidennya Hairuddin Omar
berkata, keputusan bijak harus difikirkan oleh setiap pemain bagi memastikan
mereka tidak ‘diperangkap’ kemewahan yang boleh menyebabkan seseorang pemain
lupa diri.
Selain itu bekas pemain
kebangsaan yang kini menjadi penolong jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19)
negara turut menuntut pemain mengamalkan disiplin tinggi sama ada ketika berada
dalam padang mahupun luar padang sekiranya mahu melangkah lebih jauh dalam
arena bola sepak.
“Seperti biasa sekarang adalah
musim untuk mendapatkan pemain baru bagi mengharungi saingan Liga-M musim depan
dan sudah pasti proses tawar-menawar serta memancing pemain sudah bermula
selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia pada 4 November lalu.
“Oleh itu saya ingatkan pemain
supaya tidak terpengaruh dengan tawaran lumayan semata-mata, sebaliknya perlu
memikirkan posisi mereka dalam skuad yang diwakili.
“Tiada guna mendapat gaji
tinggi tapi hanya memanaskan bangku simpanan saja hingga habis musim dan
akhirnya prestasi mereka merudum sekali gus menyukarkan lagi untuknya beraksi
bersama pasukan lain pada musim berikutnya,” katanya.
Mengulas lanjut Hairuddin yang
juga seorang usahawan turut menasihati pasukan supaya bertindak secara
profesional sebelum mendapatkan pemain yang diidamkan.
“Saya bimbang jika perkara ini
tidak dibendung segera ia boleh menjadi virus.
“Oleh itu setiap pasukan juga
harus bijak menawarkan kontrak bagi mengelak lambakan pemain di bangku simpanan
dan akhirnya pemain itu sendiri yang rugi kerana kurang beraksi bersama pasukan,”
tegasnya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 16 November 2017 @ 2:30 PM
No comments:
Post a Comment