Ad

Wednesday, 1 November 2017

Apek belum ada kata putus

Attirmidzie Rahman
sukanteam@nstp.com.my
 
PENJAGA gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), enggan membuat keputusan terburu-buru mengenai lamaran Melaka United (MU) yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk saingan Liga Super musim depan.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek berkata, tawaran itu adalah satu penghormatan kerana masih ada pasukan yang yakin kepada kemampuannya walaupun terdapat ramai bakat baharu yang mampu mengalas tugas selaku penjaga gol.

“Saya gembira sebab masih ada tawaran pasukan lain dan saya berterima kasih kepada MU kerana menawarkan kontrak itu.

“Apapun, ia terlalu awal untuk membuat keputusan, malah belum terfikir pun untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim depan kerana masih mempunyai kontrak bersama Kelantan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, pemain berusia 28 tahun itu turut mengakui dia masih mahu berbakti untuk pasukan negeri kelahirannya itu sekaligus menghormati kontrak bersama The Red Warriors (TRW).

“Memandangkan masih mempunyai kontrak yang berbaki satu musim, eloklah saya meneruskannya.

“Saya menghormati kontrak bersama TRW, tetapi selebihnya saya serahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan skuad Hang Tuah berminat untuk menawarkan kontrak kepada Apek bagi membantu pasukan itu pada saingan Liga Super 2018.

Mengesahkan perkara itu, Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff berkata Apek dilihat antara penjaga gol yang terbaik di negara ini sehingga mendorong MU menawarkan kontrak kepada bekas penjaga gawang kebangsaan terbabit.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 10

No comments:

Post a Comment