Ad

Friday, 3 November 2017

Final sukar buat pasukan JDT

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
MORAIS (kiri) dan kapten JDT, Safiq Rahim pada sidang akhbar semalam menjelang final Piala Malaysia menentang Kedah di Shah Alam malam ini.

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengakui pertembungan menentang Kedah dalam aksi final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam malam ini bakal menjadi satu perlawanan mendebarkan dan mengujakan.

Lebih tepat, Morais menganggap aksi final itu bagaikan perlawanan epik untuk menutup kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas kedua-dua pasukan itu berada di kemuncak prestasi.

Pengendali kelahiran Portugal itu berkata, beliau menghormati kemam­puan skuad Helang Merah tetapi dalam masa sama Morais memberikan petanda bahawa Harimau Selatan telah bersedia untuk menjulang trofi kejohanan tertua Asia Tenggara itu buat kali pertama malam ini.

“Final Piala Malaysia menjadi aksi terakhir musim ini. Skuad JDT berada di tahap terbaik kerana kami memiliki pemain terbaik untuk mendapatkan trofi ini. Kami juga memiliki keyakinan dengan cara tersendiri. Kami mahu memenanginya.

“Ia akan menjadi berbeza buat kedua-dua kelab kerana ini adalah aksi final. Kami menyedari hal itu kerana kedua-dua pasukan berada di sini (final Piala Malaysia) kerana mereka berjaya mendapatkan keputusan yang bagus dalam kejohanan ini sebelum layak ke final.

“Kami telah berjaya mempersembahkan satu prestasi baik sepanjang 10 perlawanan lalu, jadi kami tahu esok (hari ini) akan menjadi satu aksi sukar. Namun kami berharap perlawanan ini bagus untuk semua orang dan mereka akan melihat satu persaingan sengit,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam, semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4xQQwx5jx
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment