Ad

Friday 3 November 2017

‘Kedah dahulu baru Harimau Malaya’

 02 November 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penye­rang Kedah, Syafiq Ahmad mengakui bahawa dia tidak akan terlalu berhati-hati dalam final Piala Malaysia Sabtu ini biarpun selang dua hari kemudian perlu melaporkan diri menyertai kem latihan Harimau Malaya.
SYAFIQ AHMAD tetap memberikan komitmen bagi membantu Kedah mempertahankan kejuaraan dalam final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini walu pun dipanggil menjalani latihan skuad Harimau Malaya.

Kedah bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam dan pemain yang mendapat panggilan skuad kebangsaan daripada kedua-dua pasukan itu perlu melapor diri di Wisma FAM Isnin depan. Pemain daripada pasukan lain perlu melapor diri Sabtu ini.

Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu mengakui dia tidak mahu mengalami sebarang kecederaan jika diturunkan dalam aksi final Piala Malaysia, bagaimanapun itu bukan bermakna tidak akan memberi komitmen sepenuhnya.

“Siapa yang mahu cedera? Begitu juga dengan saya, bagaimanapun saya perlu mengutamakan aksi final Piala Malaysia bersama Kedah terlebih dahulu sebelum melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan. Tidak dinafikan, apa-apa boleh berlaku di atas padang.

“Jujurnya, memang saya takut cedera namun apabila kita beraksi di atas padang kita sudah tidak ingat apa-apa kerana yang bermain dalam fikiran pada waktu itu adalah mahukan kemenangan. Sudah pasti saya mahu membantu Kedah mempertahankan Piala Malaysia.

“Saya perlu mendapatkan rehat secukupnya bagi mengurangkan risiko menerima kecederaan ketika bermain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syafiq termasuk dalam senarai 24 pemain yang dipilih oleh jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada yang akan mengharungi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini.

“Ini adalah kali pertama saya dipanggil menyertai kem kebangsaan di bawah kendalian Vingada dan pastinya satu penghargaan buat diri saya sendiri dan berbangga kerana dipilih daripada yang terbaik,” ujar pemain berusia 22 tahun itu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-kedah-dahulu-baru-harimau-malaya-8217-1.546185#ixzz4xQKlh6MI
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment