SYAFIQ AHMAD (kanan) mendapat
panggilan pertama menyarung jersi skuad bola sepak senior kebangsaan untuk
menghadapi Korea Utara. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID
01 November 2017 7:52 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More150
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Penyerang
muda Kedah, Syafiq Ahmad antara lapan pemain baharu yang dipanggil jurulatih
kebangsaan, Nelo Vingada dalam latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula
Sabtu ini sebagai persiapan menghadapi Korea Utara pada kempen kelayakan Piala
Asia 2019 di Thailand, 10 dan 13 November ini.
Syafiq yang menjadi tonggak
penting skuad bawah 22 tahun kebangsaan dalam Sukan SEA Ke-29 mengetuai senarai
tersebut bersama tujuh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Izham
Tarmizi Roslan, Mohd. Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail,
S. Kunanlan serta Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.
Lapan pemain itu menggantikan
lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi
Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal
(JDT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang
mengalami kecederaan.
Ini bermakna hanya 16 pemain
yang dipanggil sebelum ini dikekalkan, termasuk dua pemain yang tidak menyertai
pasukan ke Hong Kong iaitu Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Nor Azam Abdul Azih
(Pahang).
Bagaimanapun, hanya 10 pemain
dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang akan melapor diri
pada Sabtu ini, manakala 14 pemain dari JDT dan Kedah akan melapor diri pada
Isnin iaitu selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia.
“Ini adalah kali pertama saya
dipanggil menyertai kem kebangsaan di bawah kendalian Vingada dan pastinya satu
penghargaan buat diri saya sendiri dan berbangga kerana dipilih daripada yang
terbaik.
“Perebutan dalam kesebelasan
utama sukar kerana Hazwan Bakri dan Darren (Lok) pernah dipanggil sebelum ini
dan saya tidak tahu percaturan jurulatih macam mana,” kata Syafiq kepada Utusan
Malaysia.
Tambah pemain berusia 22 tahun
itu lagi, dia tidak berasa sebarang tekanan bagi menghadapi Korea Utara
meskipun menyedari kekuatan lawan dan tidak melihat peluang Harimau Malaya
sudah tertutup rapat.
Malaysia kini berada di tangga
tercorot Kumpulan B selepas tewas dua perlawanan dan seri sekali untuk
mengumpul satu mata. Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, diikuti Hong
Kong lima mata dan Korea Utara dua. Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke
Buriram melalui Bangkok pada Selasa, 7 November ini. - UTUSAN ONLINE
PENJAGA GOL
Hafizul Hakim
Izham Tarmizi Roslan
Khairulazhan Khalid
PERTAHANAN
Fadhli Shas
Fazly Mazlan
Junior Eldstal
S. Kunanlan
Shahrom Abdul Kalam
Nazirul Naim Che Hashim
Amirul Azhan Aznan
Kiko Insa
Adam Nor Azlin
TENGAH
Safiq Rahim
Nazmi Faiz Mansor
Safawi Rasid
Afiq Fazail
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
Baddrol Bakhtiar
Nor Azam Abdul Azih
Wan Zack Haikal Wan Nor
Syamer Kutty Abba
PENYERANG
Ahmad Hazwan Bakri
Darren Lok
Syafiq Ahmad
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/syafiq-dapat-panggilan-jumpa-korea-utara-1.546022#ixzz4xQ9ef5Ai
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment