Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
KAMARUDDIN menunjukkan pingat
yang dimenangi ketika membantu Johor menjuarai Piala Malaysia pada 1985.
KAPTEN skuad Johor era 1980-an,
Kamaruddin Ahmad mahu kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi persembahan
terbaik dalam pentas akhir Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam
malam ini.
Kamaruddin berkata, para pemain
tidak seharusnya mengambil mudah perlawanan itu biarpun Piala Malaysia bukan
menjadi sasaran pasukan, sebaliknya tetap berjuang bersungguh-sungguh sebagai
ahli sukan profesional.
Menurutnya, setiap perlawanan
merupakan ujian dan sebagai pemain yang bagus mereka tidak seharusnya
mempedulikan gelaran atau memilih kejuaraan mana yang paling berprestij.
“Tolong buang mentaliti pilih
piala, kita ambil dari sudut ahli sukan, sepatutnya dalam setiap perlawanan
memang kena buat yang terbaik. Jangan sesekali pilih game.
“Beraksi dalam Piala Malaysia
walaupun tidak ke mana itu adalah pencapaian, kita dapatkan kesemua kejuaraan
dan buktikan yang pasukan memang terbaik,” katanya.
Tambahnya, peluang beraksi di
pentas piala keramat itu bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia menjadi impian
seluruh pasukan yang beraksi dalam saingan itu, sekali gus perlu ditamatkan
dengan penutup yang gembira.
“Pendapat saya walaupun tidak
mengharap sangat piala ini, teruskan sahajalah bermain dengan baik. Tidak
semua pasukan berjaya sampai ke tahap itu. Kita bukan mahukan gelaran tetapi
kenangan.
“Bila sahaja pemain buat yang
terbaik, kita menang ia bukan sahaja menaikkan mutu pasukan malah pencapaian
individu itu sendiri. Saya yakin perkara ini ada dalam setiap pemain JDT.
“Seeloknya sebagai jaguh, biar
semua piala pasukan sapu, bukan nak timbulkan riak tetapi dorongan untuk
pasukan lain bangkit dan contohi kelab ini. Kita perlu kembangkan mentaliti
kelab yang selama ini masih di tahap yang sama,” katanya.
Pemenang Piala Malaysia tahun
1985 itu turut memberitahu kejayaan yang diperolehnya itu adalah hasil
kerjasama dan perasaan hormat dengan kebolehan setiap rakan seperjuangan dalam
pasukan.
“Saya berjaya kerana pasukan
dan kami saling percaya sesama sendiri. Jadi saya harap elakkan perasaan
cemburu dan banyakkan komunikasi membina di dalam padang, jangan hilang cool.
“Sebagai pemain, sesiapa yang
dipilih jurulatih untuk bermain itu adalah biasa, tetapi jika tidak berpeluang
beraksi, haruslah bersedia sebagai pemain simpanan. Jika tidak bersedia
beritahulah, luahkan supaya kamu tidak rosakkan permainan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin
skuad kendalian Ulisses Morais mampu menunjukkan yang terbaik serta berupaya
membawa semula piala yang sudah 26 tahun tidak bertapak di bumi Johor.
“Kalau kita lihat atas kertas
JDT sudah menang, mereka memang pasukan terbaik dalam Liga Malaysia. Kalau
kalah ada masalah, mungkin mentaliti pemain terganggu.
“Mereka (pemain) mahu apa
lagi,? Pengurusan kelab bagus, gaji besar dan latihan bertaraf dunia, semua
sudah ada cuma dalam diri itu sahaja,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4xPzYlM35
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment