JUMAAT, 5 JUN 2015 @ 6:17 PM
DOLLAH (kiri) bersalaman dengan jurulatih Hong
Kong, Kim Pangon sambil disaksikan Hamidin pada sidang media di Wisma FAM. -
Foto Hasriyasyah Sabudin KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh
menggugurkan lapan pemain bagi melengkapkan senarai 23 pemain Malaysia
menghadapi Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah
Alam, esok. Daripada senarai itu, dua pemain terpaksa dilepaskan akibat cedera
iaitu Ronny Harun dan Norshahrul Idlan Talaha selain dua penjaga gol, Zamir
Selamat dan Izham Tarmizi Roslan. Empat pemain lain yang tidak tersenarai ialah
Azmi Muslim, Christie Jayaseelan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) S
Chanthuru serta bekas kapten negara, Aidil Zafuan Abd Radzak.
Perlawanan menentang Hong Kong
yang dinilai kelas A adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya bagi
menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala
Asia 2019. Malaysia dijadual bertemu Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin 16
Jun ini dengan kedua-dua perlawanan dijalankan di Stadium Nasional, Bukit
Jalil. Dollah sebelum ini menyenaraikan 31 pemain untuk menyertai kem latihan
kebangsaan. Dalam pada itu, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Hamidin Mohd
Amin mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Satim Diman sebagai penolong
pengurus.
Senarai 23 skuad kebangsaan
PENJAGA GOL: Khairul Fahmi Che
Mat (Kelantan), Khairul Azhan Khalid (Pahang), Farizal Marlias (JDT)
PERTAHANAN: Muslim Ahmad (PDRM), Afif Amiruddin (PDRM), Joseph Kalang Tie
(Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Fadhli Shas (JDT), Junior Eldstal (JDT), S
Kunanlan (JDT), Mahalli Jasuli (JDT,
TENGAH: Yong Kuong Yong (Pulau
Pinang), Nasir Basharuddin (Perak), Ahmad Syamim Yahya (FELDA), R Gopinathan
(Pahang), Azammuddin Akil (Pahang), Safiq Rahim (JDT - kapten), Amri Yahyah
(JDT)
PENYERANG: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Afiq
Azmi (Selangor), Indra Putra Mahayuddin (FELDA), Safee Sali (JDT), NazrinNawi
(JDT).
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/59409
No comments:
Post a Comment