Ad

Thursday, 4 June 2015

'Fokus kempen kelayakan Piala Dunia dulu

'4 Jun 2015
Dollah Salleh
Dollah Salleh Mungkinkah Dollah

PENGENDALI skuad bola sepak kebangsaan Dollah Salleh mahu menumpukan terhadap persediaan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018, walaupun ranking pasukan negara meningkat empat anak tangga hari ini.

Beliau berkata soal ranking tidak seharusnya mengganggu skuad Harimau Malaya yang kini dalam persiapan bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

"Kita kena beri yang terbaik pada perlawanan menentang Hong Kong. Saya tak nak sibuk tentang ranking sehingga persediaan pasukan terganggu, saya kena pastikan saya fokus dan mantapkan pasukan, itu penting," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Shah Alam, hari ini.

Beliau mengulas mengenai ranking skuad negara yang meningkat empat anak tangga daripada kedudukan ke-166 ke 162 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Dollah mengakui bahawa pemilihan senarai akhir 23 pemain untuk kempen Kelayakan Piala Dunia menjadi semakin sukar kerana kesemua pemain menunjukkan prestasi memberangsangkan.

"Hari ini hari terakhir latihan sebelum saya terpaksa ketepikan lapan pemain esok, tapi saya masih tidak dapat buat keputusan lagi. Ada dua pemain yang saya masih ragu-ragu, sama ada nak simpan atau tidak, apa pun saya akan umumkan esok.

"Kebanyakan pemain yang beraksi pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur  mungkin dikekalkan kerana prestasi mereka memuaskan hati saya," katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama UAE, Timor Leste, Palestin dan Arab Saudi.

Skuad negara akan memulakan cabaran menentang Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin pada 16 Jun, sebelum menghadapi saingan getir berdepan UAE pada 3 September dan Arab Saudi (8 September).

Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia itu juga menjadi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah  Arab Bersatu (UAE). – Bernama

SUMBER-SINAR HARAN ONLINE 4.6.2015

No comments:

Post a Comment