Ad

Monday, 1 June 2015

Gambar bayi tangisi nenek kemalangan jadi viral


01 Jun 2015 2:35 AM
TUMPAT 31 Mei – Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis di sisi neneknya yang terbaring tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini mengundang simpati orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Faridah Hamid terbaring tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Pasir Pekan, Kelantan, semalam. facebook IRDK
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, bayi tersebut, Mohd Ikram Safuan menangis tidak henti-henti dalam keadaan kepala berlumuran darah.
Dia dan neneknya, Faridah Hamid, 35, warga Thailand yang cedera kemudiannya dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menggunakan ambulans.
Gambar Mohd. Ikram yang menangis hiba di sisi neneknya yang terbaring itu kemudiannya menjadi viral selepas dimuat naik orang awam di laman sosial Facebook
Bagaimanapun, Timbalan Ke­tua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Marzuki Mat ketika dihubungi berkata, sehingga pukul 8 malam ini, pihaknya masih belum menerima laporan kejadian daripada keluarga mangsa.
Sementara itu, ibu kepada bayi berkenaan, Nurul Shakila Mahilis, 16, berkata, dia mengetahui kejadian tersebut pada pukul 5 petang selepas dimaklumkan pihak hospital.
“Syukurlah, ibu dan anak saya selamat. Mereka hanya cedera ringan. Mereka cedera di kepala dan bahu. Ibu masih mendapatkan rawatan kecemasan,” kata­nya.
Nurul Shakila memberitahu, ibu serta anaknya dalam perjalanan dari Tak Bai, Thailand menuju ke rumah mereka di Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/gambar-bayi-tangisi-nenek-kemalangan-jadi-viral-1.98011#sthash.ihuAR6L3.dpuf

No comments:

Post a Comment