PIHAK berkuasa mengharamkan
penjualan Maggi kerana mengandungi plumbum berlebihan.
NEW DELHI – Pihak berkuasa
keselamatan makanan India mengharamkan penjualan dan pengeluaran mi segera
Maggi keluaran Nestle semalam selepas beberapa ujian mendapati produk itu
mengandungi plumbum pada tahap berlebihan.
Pihak Berkuasa Makanan Dan
Standard India (FSSAI) menyatakan, ujian oleh beberapa negeri menemui terlalu
banyak plumbum dalam produk tersebut dan mengarahkan Nestle supaya menghentikan
pengeluarannya.
Dalam satu kenyataannya, FSSAI
mengarahkan Nestle India menarik balik semua sembilan variasi mi segera Maggi
dari pasaran dan menghentikan pengeluaran selanjutnya.
Nestle bagaimanapun memberitahu
kandungan plumbum dalam mi Maggi adalah di bawah had dibenarkan di India.
Syarikat itu sudah menarik semula produk berkaitan dari pasaran.
Ketua eksekutif globalnya, Paul
Bulcke semalam berkata, mi Maggi adalah selamat untuk dimakan.
“Kami memutuskan untuk menarik
semula mi ini dari pasaran kerana terdapat kekeliruan mengenai aspek
keselamatan,” katanya pada satu sidang akhbar di New Delhi.
“Keselamatan pelanggan kami
penting. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjernihkan
kekeliruan ini,” tambahnya.
Sekurang-kurangnya enam negeri
termasuk ibu kota India berkenaan mengumumkan pengharaman jualan mi segera itu
sejak beberapa hari susulan penemuan tersebut.
FSSAI memberitahu, kandungan
plumbum dalam produk itu melebihi had yang dibenarkan dan berisiko merosakkan
ginjal serta sistem saraf.
Dalam perkembangan berkaitan,
aktivis-aktivis di bandar Kolkata, timur India membakar sejumlah peket mi Maggi
dalam satu tunjuk perasaan bagi meluahkan kemarahan mereka.
Nestle telah menjual jenama
Maggi di India selama tiga dekad dan menguasai 80 peratus pasaran mi segera di
negara berkenaan. – AFP
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3cNccCi00
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment