Skuad kebangsaan kendalian
Dollah Salleh mencatat keputusan seri 0-0 dengan Hong Kong pada perlawanan
antarabangsa A di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Turun tanpa kapten, Safiq Rahim yang digantung
satu perlawanan akibat kad merah ketika perlawanan antarabangsa A bertemu Oman,
Mac lalu, tugas itu digalas Indra Putra Mahayuddin.
Peluang terbaik skuad Harimau Malaya pada
separuh masa pertama hadir pada minit ke-36 menerusi rembatan kaki kiri Joseph
Kalang Tie selepas sepakan sudut Indra tetapi berjaya ditepis penjaga gol Hong
Kong, Yapp Hung Fai.
Hong Kong kemudian beroleh peluang terbaik
pada separuh masa kedua, namun sepakan percuma Cheung Kin Fung berjaya ditepis
penjaga gol gantian Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-68.
Safee Sali yang masuk menggantikan Amri Yahyah
hampir meletakkan namanya sebagai penjaring tetapi rembatan kencangnya pada
minit ke-76 berjaya diselamatkan Hung Fai untuk kedudukan 0-0 kekal sehingga
wisel penamat.
BARISAN PEMAIN MALAYSIA:
1. Farizal Marlias (22. Khairul
Fahmi Che Mat m-62); 16. S Kunanlan, 2. Muslim Ahmad, 3. Fadhli Shas, 21. Zubir
Azmi; 19. Joseph Kalang Tie (14. Azammuddin Akil m-62), 15. Junior Eldstal (18.
Ahmad Hazwan Bakri m-85), 11. Ahmad Syamim Yahya (12. Nasir Basharuddin m-45),
13. Indra Putra Mahayuddin (K) (20. R Gopinathan m-76); 17. Amri Yahyah (10.
Safee Sali m-68), 7. Afiq Azmi.
Simpanan tidak digunakan: 23.
Khairul Azhan Khalid, 4. Mahali Jasuli, 5. Afif Amiruddin, 6. Yong Kuong Yong,
9. Nazrin Nawi.
KOMEN JURULATIH MALAYSIA,
DOLLAH SALLEH
"Persembahan malam ini
boleh dikatakan okey terutama separuh masa kedua apabila kami bermain dengan
baik. Tapi masih jentera depan kurang naluri untuk menjaringkan gol.
"Tapi secara keseluruhan, selepas
seminggu latihan apabila saya lebih fokus kepada pemilihan 23 pemain. Itu
mungkin memberi sedikit masalah dalam persiapan pasukan untuk menghadapi
perlawanan ini.
"Apa yang saya lihat, kami masih
bermasalah dalam melakukan hantaran dan sokongan daripada barisan tengah ketika
kami menyerang. Itu yang perlu diperbaiki dan penyerang kami juga perlu
melakukan sesuatu yang lebih.
"Apa pun tempoh lima hari menjelang
perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor
Leste (11 Jun), saya rasa kami mampu untuk melakukannya bagi mencari tiga mata
pertama.
KOMEN JURULATIH HONG KONG, KIM
PAN-GON
"Ya ada beberapa sasaran
untuk dicapai pada perlawanan ini. Sasaran untuk tidak bolos tercapai tetapi
satu lagi sasaran kami iaitu untuk mendominasi bahagian penting, itu yang masih
perlu diperbaiki.
"Pemain menunjukkan semangat tinggi dan
saya rasa kami sudah bersedia untuk memulakan kempen kelayakan. Saya melihat
beberapa perkara positif menerusi perlawanan ini.
"Mengenai pasukan Malaysia, saya pernah
bertemu mereka dua setengah tahun yang lalu dan nampak kedua-dua pasukan
semakin mantap terutama dari segi fizikal apabila sukar untuk kami bersaing di
posisi tengah.
"Kami melihat video aksi Malaysia di
Piala Suzuki AFF dan ia cukup menarik. Saya rasa perlawanan kali ini lebih baik
daripada perlawanan sebelum ini."
SUMBER-FAM ONLINE
No comments:
Post a Comment