SELASA, 2 JUN 2015 @ 1:52 PM
Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bh.com.my KUALA LUMPUR: Selepas hampir dikejutkan Timor-Leste pada
aksi pembukaan Sukan SEA 2015 di Singapura, Sabtu lepas, pertembungan menentang
Vietnam, malam ini seharusnya membuka mata skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.
Sekalipun dicanang mampu menang
mudah bertemu jiran baharu serantau Asia Tenggara itu, hanya satu gol berjaya membolosi
gawang Timor-Leste. Malah, skuad negara turut dikejutkan dengan insiden 'tidak
profesional' ditampilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.
Ia jelas memberi pengajaran
buat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu lebih-lebih lagi, Vietnam boleh
dianggap pencabar utama dengan keampuhan mereka diakui sendiri jurulatih
berusia 44 tahun itu.
"Vietnam kuat di sebelah
kiri dan untuk perlawanan ini kita akan membuat perubahan," kata Kim Swee.
"Sudah pasti kita mahukan tiga mata penuh tetapi lebih penting adalah
tidak melepaskan gol." Apa yang pasti, tugas sukar menanti skuad negara
dengan Vietnam sudah pun mempamerkan belangnya ketika membelasah Brunei 6-0
pada perlawanan pertama. Sekalipun ia bukanlah rekod yang harus digeruni, namun
Kim Swee berharap ia menjadi peringatan kepada pemainnya.
"Saya sudah lihat video
perlawanan membabitkan Vietnam. Apa yang mustahak kita mengenal pasti pasukan
lawan dan individu (pemain negara) yang mampu melaksanakan strategi untuk
perlawanan ini. Dibimbing jurulatih kelahiran Jepun, Toshiya Miura, Vietnam dua
tahun lalu pada temasya sama di Myanmar turut mencatat kemenangan besar pada
perlawanan pembukaan dengan membelasah Brunei, 7-0. Begitupun pada aksi
terakhir peringkat kumpulan, mereka dikecewakan Malaysia dengan kekalahan 2-1
sekali gus gagal mara ke separuh akhir.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/58646
No comments:
Post a Comment