'WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Jun 2015
'Kita boleh perbaiki lagi'
Semangat berpasukan masih kukuh dikalangan pemain.
PENJARING gol tunggal skuad bawah 23 tahun (B-23), D Saarvindran
menganggap situasi sukar yang dialami rakan sepasukannya Nazmi Faiz Mansor
boleh berlaku dalam mana-mana pasukan.
Jelasnya, apa yang berlaku itu
akan dihadapi bersama rakan sepasukan kerana dalam pasukan ia umpama sebuah
keluarga.
"Apa saja berlaku, kami
akan hadapinya bersama. Kami seperti satu keluarga,” ujar kata pemain sayap itu
yang meledak gol kemenangan menewaskan Timor Leste pada perlawanan pertama
Kumpulan B Sukan Sea Singapura 2015, Sabtu lalu.
Bekas pemain Harimau Muda A
yang kini beraksi dengan Pahang itu mengakui mereka mampu mencatat kemenangan
lebih selesa jika bermain dengan 11 pemain.
“Beraksi dengan 10 pemain
memang boleh berlaku dalam mana-mana
perlawanan, kami kena terima sebagai
satu pasukan.
“Kita boleh buat lebih baik tapi disebabkan
kekurangan pemain, kita tidak boleh terlalu menyerang.
“Saya percaya kita boleh
perbaikinya pada perlawanan seterusnya,” katanya yang kembali beraksi secara
kompetitif selepas berehat hampir 11 bulan akibat kecederaan buku lali.
Sumber-SINARHARIAN ONLINE 2 Jun
2015
No comments:
Post a Comment