02 Jun 2015 10:39 PM
Sukan SEA: Malaysia dimalukan
Vietnam 1-5
SINGAPURA 2 JUN 2015 - Pemain
Vietnam, Mac Hong Quan (dua kiri) menjaringkan gol pertama pasukan Vietnam
hasil dari sepakkan penalti pada saingan Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2015
antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bishan di sini, hari ini. - UTUSAN/Abdul
Razak Latif
SINGAPURA 2 Jun - Malaysia
bukan saja gagal memenuhi misi menumpaskan Vietnam dalam aksi kedua bola sepak
Kumpulan B Sukan SEA 2015, malah perlawanan mereka bertukar mimpi ngeri selepas
tumpas dengan jaringan besar 1-5 di Stadium Bishan, di sini sebentar tadi.
Kekalahan kepada Vietnam kini
menyukarkan laluan Malaysia untuk mencari tiket ke separuh akhir apabila
terpaksa menentang penyandang juara, Thailand, Khamis ini.
Skuad Bawah 23 tahun negara
ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama selepas Mac Hong Quan membuka
jaringan menerusi sepakan penalti seawal minit ke-14 ekoran kekasaran yang
dilakukan oleh pemain pertahanan, Amer Saidin terhadap Do Duy Manh.
Ketika saingan tinggal beberapa
saat untuk ditamat, Vietnam menambah gol kedua menerusi Nguyen Cong Phuong.
Kebangkitan yang cuba dilakukan
anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee pada babak kedua terencat apabila Vietnam
menjarakkan kedudukan 3-0 sebaik saja perlawanan bersambung, menerusi pemain
sayap, Huy Toan Vo.
Belum sempat Malaysia hendak
memperkemaskan permainan, Cong Phuong terus mengejutkan pemain negara dengan
menambah gol keempat, kali ini menerusi sepakan percuma dari luar kotak
penalti.
Jaringan Syahrul Azwari Ibrahim
pada minit ke-78 memberi sedikit keceriaan buat pasukan negara, namun
kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Nguyen Van Tuan
meledak gol kelima Vietnam, hanya seminit kemudian. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sukan-sea-malaysia-dimalukan-vietnam-1-5-1.98479#sthash.4gwG4A9z.dpuf
No comments:
Post a Comment