SAFEE mahu rakan pamer aksi
cemerlang berdepan Titans.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Pemain perlu
manfaatkan segala peluang jika mahu mengutip tiga mata”.
Itu gesaan ketua pasukan PKNS
FC, Safee Sali kepada rakan sepasukannya menjelang pertemuan menentang T-Team
pada aksi ke-18 saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.
Jelas penyerang berpengalaman
itu, kegagalan jentera depan menyempurnakan deretan peluang pada pertemuan
dengan Sarawak, Sabtu lalu tidak harus berulang jika pasukannya berhasrat mahu
meraih tiga mata di halaman sendiri.
“Kami boleh meraih lebih banyak
jaringan ketika menang 1-0 ke atas Sarawak tempoh hari, tapi disebabkan
kegagalan memanfaatkan peluang kami sekadar dapat hanya satu gol.
“Dalam bola sepak, jika gagal
memanfaatkan peluang terhidang anda akan dihukum. Saya harap bukan saja
penyerang tapi juga pemain lain juga harus membantu pertingkatkan sentuhan
jaringan,” katanya semalam.
Skuad Semut Merah yang kini
dibimbing Sven Gartung bagi menggantikan E Elavarasan yang dipecat susulan
prestasi tidak menentu pasukan, menyaksikan jurulatih dari Jerman itu berjaya
menghadiahkan tiga mata ketika menewaskan Sarawak sebelum ini.
Ketika ini, PKNS bergelut di
kelompok bawahan liga apabila berada pada kedudukan kelapan dengan mengumpul 18
mata.
Mengulas pertemuan dengan skuad
kendalian Rahmad Darmawan itu, ia bakal menjanjikan saingan sengit kerana
T-Team pasti mahu bangkit daripada kekalahan memalukan 1-6 kepada Johor Darul
Ta’zim (Johor DT) sebelum ini.
“Mereka pastinya akan bangkit
untuk memburu kemenangan selepas tewas besar kepada Johor DT. Mereka ibarat
seperti harimau terluka.
“Apa cara sekalipun, kami perlu
mendapatkan tiga mata malam esok (ini). Namun kami tidak boleh pandang mudah
dan kelebihan di halaman sendiri harus dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 4:01 AM
No comments:
Post a Comment