ARKIB : 25/08/2006
Ads by Kiosked
Misi bangkit jumpa Thailand
Oleh: AMRAN MULUP
PEMAIN Malaysia, Hardi Jaafar
(tengah) dijatuhkan oleh ketua pasukan Indonesia, Ponaryo Astaman (kiri) pada
perlawanan Pesta Bola Merdeka di Stadium Shah Alam, kelmarin. Indonesia dan
Malaysia seri 1-1. Gambar RUSHDI SALLEH.
KUALA LUMPUR Ketumpulan
jentera serangan hingga mengharapkan jaringan sendiri pemain pertahanan
Muhammad Ridwan membolehkan Malaysia seri 1-1 dengan Indonesia pada perlawanan
pertama Pesta Bola Merdeka Ke-38 kelmarin, jelas belum meresahkan jurulatihnya,
Norizan Bakar.
Biarpun mengakui barisan awal
kesebelasan utama yang diturunkan agak gemuruh tetapi jurulatih itu mempunyai
keyakinan anak didiknya bakal bangkit pada pertemuan dengan Thailand malam ini.
Menurut Norizan, kesebelasan
utama yang bermain pada babak pertama tampak gementar tetapi setelah beberapa
pertukaran di babak kedua menyaksikan kebangkitan lewat permainan tetapi tidak
mampu mencipta jaringan.
Saya lihat ada beberapa
pemain gagal bermain baik dan setelah beberapa pertukaran dilakukan barulah
nampak pemain kita kembali bersaing dengan Indonesia.
Biarpun bangkit hanya dilewat
permainan tetapi saya puas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang diberikan
oleh pemain, ujarnya semalam.
Kelemahan jentera serangan dan
bahagian tengah yang tidak banyak merancang gerakan menyaksikan penguasaan
penuh Indonesia sepanjang 70 mini babak berlangsung.
Hanya setelah kemasukan K.
Nanthakumar, Saramsak Kram dan Mohd. Eddy Helmi Manan melihat jentera serangan
dan bahagian tengah tampak bertenaga mencemaskan pintu gol Indonesia.
Berpunca daripada lorongan
cantik dari sebelah kanan Mohd. Eddy Helmi, pemain pertahanan Indonesia,
Muhammad Ridwan yang dicabar oleh Indra Putra tertanduk bola masuk ke pintu gol
sendiri pada minit ke-77.
Gol tersebut terus memadamkan
kelebihan milik Indonesia yang membuka jaringan pertama menerusi penyerang
import Selangor, Bambang Pamungkas pada minit ke-15.
Norizan berkata, ekoran
daripada beberapa pertukaran tersebut, beliau sudah mendapat gambaran barisan
utama yang akan diturunkan menentang Thailand.
Kali ini corak persembahan
pemain akan bertambah mantap dan segala kelemahan yang ada akan dapat diatasi.
Inilah peluang terbaik untuk
pemain kebangsaan untuk menewaskan Thailand malam esok (malam ini), ujarnya.
Kali terakhir skuad kebangsaan
menewaskan Thailand pada pusingan awal Piala Tiger tahun lalu apabila skuad
bimbingan Bertalan Bicskei ketika itu menang 2-1.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4oHuikTt5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment